Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Dengan Alat Sulit Terpanjang Dunia Enggan Pendekkan 'Senjatanya', Biarpun Sudah Dinasihati Doktor

20 Jan 2017
No Comment
Roberto

Mexico - Lelaki dengan alat sulit terpanjang di dunia, Roberto Esquivel Cabrera, 54, enggan memendekkan senjatanya itu biarpun sudah mendapat nasihat dari doktor.

Alat sulit Roberto kini mencecah 18.9 inci panjang sehingga menyetuh lututnya.

Doktor menasihati Roberto agar memendekkan alat sulitnya supaya dia boleh membuat hubungan seksual dan mempunyai anak.

"Saya mahu jadi terkenal kerana mempunyai alat sulit terbesar di dunia. Saya sangat gembira dengannya sekarang. Saya tahu tak ada orang lain boleh melawannya.

"Saya mahu masuk ke dalam Guiness Book of Records tetapi mereka enggan mengiktiraf rekod ini," kata Roberto kepada Barcroft TV.

Biarpun begitu, doktor tidak bersetuju dengan apa yang dibanggakan oleh Roberto itu.

Dr. Jesus David Salazar Gonzalez berkata: "Kami telah menasihati dia dengan berkata 'Roberto, perkara paling baik untuk kamu adalah dengan mempunyai saiz alat sulit yang normal supaya kamu boleh lakukan hubungan seksual untuk mendapat anak'".

"Namun dia enggan menerimanya, dan lebih suka mempunyai alat sulit yang lebih besar dari orang lain. Dalam budaya Latin, siapa yang mempunyai alat sulit besar lebih macho.", kata David.

Menerusi satu ujian yang dilakukan terhadap Roberto, doktor mendapati kebanyakan dari alat sulitnya itu adalah kulit.

Kelenjar alat sulitnya hanya memanjang tujuh inci, bermakna bahagian yang lain cuma kulit dan salur darah.

"Dia sangat obses dengan membesarkan alat sulit sejak remaja, dan cuba memanjangkannya dengan meletakkan pemberat." kata David.

Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "