Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kucing Diikat & Disimbah Dengan Petrol Sebelum Dibakar, Sempat Diselamatkan Oleh Bomba

15 Jan 2017


Seorang lelaki berusia 19 tahun menyerah diri kepada polis selepas mengaku bersalah menyimbah petrol kepada kucing sebelum membakar haiwan itu.

Kucing yang terbakar teruk itu ditemui terikat kepada seutas tali di ladang jagung Indiana berdekatan dengan Crawfordsville, Indianapolis.

Selain petrol, mercun juga diletak bersama dengan kucing terbabit, bagaimanapun bahan letupan itu tidak sempat meletup.

Lelaki kejam itu memberitahu penyiasat bahawa selepas melihat beberapa posting di sosial media berkenaan kucing itu, dia mahu 'menyelesaikan isu tersebut'.

Seorang ahli bomba bersara, Steve Wright terlihat asap yang datang dari ladang di belakang rumahnya pada malam Rabu.

"Ia sangat-sangat diam. Dan ia cuba bergerak tetapi tidak boleh pergi jauh.", kata Steve kepada Fox59.

Kucing itu dipercayai terselamat kerana ia diletakkan (oleh Steve) di dalam lopak air yang berjaya memadamkan api terbabit.

Kucing itu kemudian dibawa ke Hospital Haiwan Purdue untuk rawatan dan kini terpaksa menjalani rawatan yang panjang.

"Telinganya jatuh ke bawah, bulunya hilang hingga ke kulit." kata Misha Anderson, pengarah Animal Welfare League di Montogomery County.


Lopak air yang menjadi penyelamat kucing terbabit.

Steve.


Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "