Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gadis Ditemui di Bawah Rimbunan Pokok Buluh di Tanah Perkuburan Selepas Bapa Laungkan Azan, Hilang Selama 6 Jam

15 Jan 2017


TUMPAT, 15 Jan - Misteri kehilangan seorang gadis berusia 14 tahun akhirnya tamat selepas dia ditemukan semula oleh bapanya selepas melaungkan azan di sebuah kawasan tanah perkuburan lama di sini.

Menurut Sinar Online, mereka difahamkan gadis terbabit berjalan dalam keadaan separa sedar ke tanah perkuburan di belakang rumahnya.

Gadis yang juga seorang pelajar dari sebuah sekolah agama itu ditemui kira-kira jam 8.30 pagi oleh bapanya.

Ibu gadis berkenaan berkata, selepas azan dilaungkan, suaminya ternampak kelibat anaknya berdiri di bawah rimbunan pokok buluh di tepi tanah perkuburan yang dikelilingi semak.

Dia terus pegang anaknya untuk dibawa pulang ke rumah, ketika dalam perjalanan pulang anak saya itu pengsan kerana keletihan.

Tetapi alhamdullilah dia dah beransur pulih sekarang ini,” katanya.

Tambah ibu itu juga, dia menyedari anaknya hilang pada jam 2.30 pagi apabila salah seorang anaknya yang lain mendengar pintu dibuka.

Tambahnya, anaknya itu terus mengejutkan ahli keluarga untuk mencari kerana menyangka mangsa diculik.

Kami terus mencari ke jalan utama dengan harapan dapat menemui dia tetapi tidak jumpa.

Selepas subuh suami saya adakan solat hajat dan selepas itu tergerak hati untuk mencari di belakang rumah yang bersemak dan pencarian itu hingga kawasan tanah perkuburan kira-kira 50 meter dari rumah,” katanya.

Menurutnya lagi, anaknya ditemui selamat dan bila ditanya, dia tidak menyedari bagaimana dia boleh berjalan sejauh itu sehingga masuk ke kawasan perkuburan dan berteduh dibawah pokok buluh.

Sementara itu, mesej meminta tolong untuk mencari gadis itu juga viral di media sosial.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "