Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Sesekali Uruskan Sendiri, Terus Telefon Pihak Bomba, Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Apabila Thermometer Pecah

6 Jan 2017
No Comment

Sebelum ini sudah banyak tular di media social akan berlakuknya kes di mana terdapat thermometer yang pecah, dan ianya boleh mengundang bahaya kepada mereka yang berada berhampiran. Insiden tersebut banyak berlaku di kawasan sekolah, iaitu dalam makmal, juga kawasan hospital atau klinik.

Namun begitu, bagi mereka yang mempunyai thermometer di rumah, untuk menyukat suhu anak-anak, sudah pasti ada kemungkinan thermometer akan pecah, jika terjatuh, lebih-lebih lagi jika ianya thermometer kaca.

Pengalaman tersebut telah dilalui oleh seorang ibu, iaitu saudari Aisyah Shamsuddin, di mana, thermometer yang ada di rumahnya, telah pecah dan menyebabkan anaknya mengalami symptom, akibat dari cairan dalam thermometer tersebut.

Mari kita ikuti coretan dari saudari Aisyah.


THERMOMETER KACA BERBAHAYA!

siapa ada guna mohon jangan guna dah. aritu guna sekali nak tengok okay ke tak. Sebabnya digital punya cakap tak demam, tapi badan anak panas. Bila cek guna themometer kaca tu suhu 38+ dah. Dah simpan elok dalam bekas benda nak jadi kita tak tahu kan. Berhati-hati.

Syah bukan sengaja. Benda nak jadi walau dah simpan elok dalam bekas. Walau kita dah berhati-hati benda nak jadi tetap akan jadi.

Cite dia camni, themometer tu dalam bekas atas iron board, ammar dengan walker dia datang langgar and bekas tu jatuh. Syah tak perasan lagi tau. Pastu dah bagi dia tidur, nak kemas tengok themometer pecah. Syah pun ambik menda tu sapu and pi buang kat luar.

Sekali benda tu jadi hitam tak boleh tanggal. Bila minta pendapat and google, kena panggil bomba. Tanpa lengah lagi terus call bomba. Dia jadi merebak sbb syah dah lap guna tuala.

Korang yang tak tahu kena ambik serious sebab syah pergi pegang pakai tangan je and now nak siap siap bawa ammar ke hospital dulu.


1- Step one bila pecah jangan usik. Keluarkan semua yang ada dalam rumah (jika pecah ruangtamu,dapur) kalau dalam bilik kena keluar dari bilik bukak tingkap tutup kipas and aircond.

2- Call bomba terus. Diorang dengan sepantas kilat datang sebab mercury ni sangat berbahaya.


3- Bomba datang akan minta tepung atau blerang. Depa akan cuci sampi bersih.

4- Lepastu bila bomba dah bersih kita wajib kosongkan bilik, sebabnya kita pulak nak bersihkan bilik. Kena guna clorox dan dethol. Pastikan semua bersih.

5- Baik mainan anak, botol susu, baju yang berkaitan duduk dekat dengn mercury tu, ambik langkah awal untuk buang. Jangan sayang sebabnya benda ni kita tak nampak so dia mengambil masa untuk jangka yang lama.

6- Lepas dah buang and bersihkan biarkan bilik kering 1 jam baru boleh buka kipas atau aircond.

7- Selebihnya doa jelaa benda tu tak ada dah. huhu.

8- Yang besar-besar boleh tarik cuci dengan blerang@tepung and sabun ye. Yang kecik di sayang boleh basuh dengan clorox tapi asingkan.

10 kali dah syah sental kesan hitam ni tetap ada. Korang even korang dah mop kena perhati betul-betul sbbnya dia macam merebak walaupun secalit je. Takutnya

Okay sekarang memang banyak toys ammar kena buang, botol susu ammar, baju dalam bakul yang berdekatan. Syah tak sayang benda tu semua. sayang anak lagi. Bomba kata langkah sebaiknya buang jela. Nak basuh boleh tapi benda tu ambik jangka masa yang lama. Dugaan sungguh. Hati-hati korang.

Kesan yang akan datang boleh jadi kanser. Kesan awal gatal tekak, nak bernafas rasa padat, ruam, batuk. So cecepat gi klinik or hospital if jadi!

Moga-moga perkongsian ini dapat memberi info akan betapa bahayanya mercury, dan thermometer kaca ini. Jika ada simpanan di rumah, diharap boleh disimpan dengan baik, dan kalau perlu, boleh ditukar dengan yang biasa sahaja. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "