Tidak kira dari segi apa sahaja, pembelian gajet, kenderaaan, mahu pun hartanah, mereka yang terlibat dengan ‘bisnes’ ini sudah mempunyai rancangan yang terancang, dan tahu bila untuk berhenti, atau menyembunyikan diri.
Saudara Khairul Ezuwan kongsikan beberapa ‘trick’ yang digunakan oleh penipu ini, dalam mengaut keuntungan, dan secara tidak langsung menjadikan rakan seperjuangan mereka sebagai kambing hitam.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
1. Buat Program
Saya mempunyai Satu program untuk menyekam duit orang ramai . Saya buka Satu Company yang bernama ABC Global Resources.
2. Buat Platform Yang Berkaitan
2. Buat Platform Yang Berkaitan
Contoh trick ini saya menggunakan platform binaan rumah. Selepas membuka company, Saya mula merancang untuk menyekam orang ramai. Teknik yang paling berkesan adalah saya menggunakan lorong orang-orang yang berpengaruh supaya penipuan yang saya hendak lakukan nampak TRUSTED.
Saya malas nak cerita panjang bagaimana step yang saya lakukan sehingga orang-orang berpengaruh ini menjadi Kambing Hitam saya. Mereka pon tertipu dengan kelicikan saya. Saya pula tak akan banyak menonjolkan diri, Saya akan menggunakan agen-agen yang Saya lantik.
3. Mencari Mangsa
Dipendekkan cerita, seramai 100 orang telah terpedaya dengan rancangan syaitan saya. Saya kelabukan mata mereka dengan membina rumah Banglo RM40,000 sahaja untuk keluasan 1500 Kaki persegi. Saya pandai ambil kesempatan dari masalah orang ramai atas masalah harga rumah yang mahal. 100 x RM40,000 = RM4,000,000 berjaya saya collect.
Saya buat sebuah rumah cantik-cantik dengan kos RM200,000 sebagai rumah contoh, bila nampak bukti tersebut, 100 orang mangsa lagi saya Dapat kutip RM4,000,000. Waktu ini saya dilabelkan sebagai sangat trusted.
4. Rumah 'Contoh'
4. Rumah 'Contoh'
Kemudian saya pilih pula 10 tapak rumah, saya hantarkan beberapa Pallet batu bata besi & pasir setiap rumah bagi menunjukkan seolah-olah progress sedang berlaku. Modal sikit jer ni tapi hasilnya lumayan. Dari 10 tapak ni saya pilih dua tapak untuk dijalankan progress oleh pekerja-pekerja kontrak yang saya upah. Dari situ orang nampak saya lebih-lebih lagi TRUSTED.
Bila lobang saya mula nak pecah Sebab duit dah habis saya enjoy. Saya buka pula company baru, ABC Global Sdn Bhd . Dari sini akan muncul entiti lain bukan saya dihadapan. Namun dia menggunakan platform rumah yang saya pernah buat sebagai Bukti progress, macam biasa , kami akan gunakan orang-orang berpengaruh.
Launching company pon dah cukup untuk nampakkan Kami sangat-sangat trusted. Lebih lumayan , Kami dapat sauk lagi 200 unit . Masa ni harga Kami boleh mahalkan sikit jadi RM60,000, maklumlah dah sangat trusted kan. RM60,000 x 200 unit = RM12,000,000. Waktu ni Kami akan All out sapu mana yang Patut, tak kesah la duit booking, duit deposit.
6. 'Partner In Crime'
Dari duit yang lebih banyak aku collect, aku boleh jalankan sedikit progress company pertama aku supaya orang kelabu mata nampak progress terus berjalan walaupon lembab gila. Tapi waktu ni aku sukar sikit sebab ada partner in crime yang lain terpaksa aku ajak bersama. Dah aku penyangak, diorang pon penyamun. Tapi still ok , duit free beb, kena kongsi-kongsi la sesama penyangak.
Selepas tu Kami create la drama kami ni bergaduh, Salah menyalah. Aku pon keluar dari jadi Pengarah ABC Global Sdn Bhd. Oleh kerana nama company hampir sama, aku berjaya pindahkan tanggungjawab project first aku yang guna resources kepada yang Sdn Bhd Sebab diorang ingat sama.
Tapi, aku lupa partner aku tu pon penyamun, dah la guna platform pertama aku nak menipu, dia pon pandai tolak semula kepada company pertama aku untuk mereka yang beli dengan pada projek pertama dulu . Kononnya dia nak bertanggungjawab atas yang projek yang bayar under company Sdn Bhd sahaja. Haha, aku tau kau nak buat apa, kau minta tempoh 3 bulan, kau pon akan buat sama macam aku buat ni.
8. Kambing Hitam
8. Kambing Hitam
Tapi aku sure dah ada plan B, macam biasa KAMBING HITAM. Aku akan jual company pertama aku pada orang lain yang merupakan budak aku atau aku lantik jer dia sebagai Pengarah Urusan. (Syarikat Sole Proprietor ada Pengarah Urusan ke?arghh lantaklah) ni sure bayar mahal punya. Budak yang aku ambil untuk ambil alih company aku ni mesti la kaki pembelit juga. Asal bayar dia Jalan jer, nama dia pon memang sure dah busuk, alang-alang busuk asal dapat duit, jadi bangkai pon dia sanggup.
Sekarang aku dah tak perlu bertanggungjawab, lagi pon diorang bukan nampak sangat dulu kelibat aku. Haha. Sekarang semua masalah, menjawab aku serahkan pada budak aku ni. Dia tak perlu risau sebab orang takkan belasah dia sebab dia seperti orang yang akan memperbetulkan keadaan, acah-acah reorganise. Budak aku ni pon tak perlu nak risau sebab tindakan undang-undang takkan dikenakan. Sekarang ni mangsa-mangsa jadi confuse dengan belitan yang aku buat.
9. Perjanjian Berat Sebelah
9. Perjanjian Berat Sebelah
Mangsa-mangsa nak ambil tindakan undang-undang? Mahkamah ? Silap besar!!! Lawyer pon aku dah beli , agreement yang aku suruh lawyer tu draft akan selamatkan aku dari tindakan undang-undang. Kahkahkah. Macam biasalah perjanjian berat sebelah, clause refund pon takde. Sesetengah lawyer sekarang pon asal masyuk, kerja jalan. 'Bisnis Beb'. Aku Terus boleh Enjoy !!!!!
Sekarang aku cuma takut kalau muka aku viral jer, pastu trick aku ni ada orang baca. Itu bahaya, tak boleh keluar rumah aku nanti kang.
- Siakap Keli