Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anda Seorang Yang Kuat Makan, Tidak Berhenti Mengunyah, 5 Tips Ini Dapat Membantu Anda Untuk Mengawalnya

31 Jan 2017
No Comment

Keinginan makan yang berulang, dan banyak pada satu-satu masa bukanlah sesuatu yang dilihat baik pada tubuh kita, ini kerana jika makan terlalu berlebihan, ia mungkin akan menyebabkan kita terlebih berat badan, atau mungkin juga boleh mendapat penyakit lain jika tidak makan sesuatu yang berkhasiat.

Namun, bukanlah berniat untuk selalu menikmati makanan, ada ketikanya perut tidaklah terlalu lapar, tetapi mulut ingin sahaja mengunyah sesuatu.

Bila dah terlalu lama sebegitu, anda mungkin inginkan perubahan, dan mengawal pemakanan supaya berat badan sentiasa ideal, tapi tidak pula tahu caranya untuk mengubah diri, atau diet pemakanan.

Berdasarkan perkongsian dari saudari Lily Moha, terdapat 5 tips yang boleh diiikuti dalam mengawal nafsu makan. Jom kita ikuti perkongsian darinya.


Bagaimana mengawal saka makan?
Ganas dak bunyi dia? Yelah, kalau tak makan dia mengilai-ngilai memanggil. Selagi tidak terpenuhkan dia buat perangai. Bahaya weh!

Ada kala otak kita tersilap antara lapar dan dahaga. Kita kehausan tetapi dikatanya kita lapar.


1. Minum Air

Oleh yang demikian, jika baru sahaja lepas makan hidangan besar dan rasa lapar elok kita minum air dahulu. Kalau sudah minum segelas air dan masih lapar, kok memang betullah tu lapar.

Bilakah jarak selamat? Empat jam sekurang-kurangnya. Baru setengah jam makan nak makan lagi tu, nampak sangatlah betapa berleluasanya kesakaan itu.


2. Elakkan Gula Berlebihan

Selain dari itu gula bukan kawan baik kita, biar apapun namanya ia tetap gula. Apabila kita makan karbohidrat dalam jumlah yang besar, badan akan gigih menstabilkan gula darah. Badan dengan cepatnya mengeluarkan insulin. Insulin yang banyak ini akan menyebabkan sudden drop of sugar dalam badan kita. Teruslah beliau hantar signal lapar. Ya, lapar lagi.

Oleh itu, hadkan gula.


3. Tiada Simpanan Snek

Elakkan juga simpan banyak snek di rumah. Jika ada, pastikan ia snek yang sihat seperti keropok KITA; keropok lekor tanpa MSG, atau kerepek, kekacang dan buah-buahan. Itupun, hadkan juga.


4. Berhenti Sebelum Kenyang

Ingat tentang peraturan dua puluh minit, iaitu badan mengambil masa dua puluh minit antara suapan pertama dengan signal kenyang. Lama woih dua puluh minit, boleh muat seperiuk nasi ayam.


5. Beriadah

Salurkan tekanan secara positif. Contohnya, tulis struggle kita di Facebook. Namun begitu, bertabahlah. Tak semua akan sokong kita. Dah geram tu, bersedia dengan kasut sukan dan silalah lari dengan sekuatnya. Stress dan makan banyak adalah sangat tak aci.

Dah lima dah tips. Haha. Pi cuba kira balik.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "