Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Beli Hartanah Yang Belum Ada Status Hak Milik Strata, Lebih-Lebih Lagi Jika Pemajunya Telah Digulungkan, Anda Bakal Berhadapan Risiko Seperti Ini

11 Jan 2017
No Comment

Pastinya setiap orang mempunyai minat, keinginan juga kemampuan yang tersendiri, jadi sebolehnya, mereka ingin memiliki apa yang diidamkan selama ini. Begitu juga dari segi pemilihan hartanah perumahan, di mana terdapat beberapa jenis perumahan yang boleh dimiliki.

Mungkin ada yang berminat dengan rumah yang mempunyai kawasan lapang, atau mungkin juga ada yang berminat, kediaman yang bertingkat, seperti hartanah strata, yang mana merangkumi, flat, apartment, kondominium, juga lain-lain.

Namun begitu, dalam membuat pemilihan untuk membeli hartanah strata ini, anda harus tahu, apakah status hartanah strata tersebut. Jika pemajunya telah digulungkan, sememangnya terdapat banyak risiko yang bakal anda hadapi. Peguam hartanah, saudara Salkukhairi Abd Sukor, kongsikan secara teliti, akan risiko yang bakal dihadapi pembeli.


RISIKO BELI HARTANAH STRATA YANG BELUM ADA HAKMILIK STRATA LEBIH-LEBIH LAGI PEMAJUNYA TELAH DIGULUNGKAN

Ramai pembeli yang menghadapi masalah dalam urusan jual beli hartanah strata (seperti apartment, flat dan sebagainya) yang masih belum ada hakmilik strata, sedangkan pemajunya telah digulungkan (wound-up).

Sebenarnya adalah berisiko membeli sesuatu hartanah dalam kategori sedemikian.

Apakah risiko-risikonya? :

Tidak Boleh Dipindah Milikkan

1. Sekiranya hartanah tersebut masih belum mempunyai hakmilik strata yang berasingan, pastinya hartanah tersebut tidak boleh dipindah milikkan kepada anda. Bagi saya, apalah gunanya beli hartanah dengan harga yang mahal sedangkan ianya tidak boleh dipindahmilikkan kepada anda.

2. Mungkin ada yang kata, bukankah urusan jual beli sedemikian boleh menggunakan dokumentasi Deed of Assignment sebagai ganti kepada pindah milik. Jadi, apa masalahnya?

3. Betul, saya akui. Memang Deed of Assignment digunakan sebagai instrument untuk mengikat penjual dan pembeli bagi menggantikan pindahmilik. Tetapi anda harus ingat, sebelum deed of assignment tersebut boleh disempurnakan, anda / peguam anda perlu mendapatkan Surat Pengesahan dan Akujanji beserta perakuan penerimaan Notice of Assignment daripada pemaju terlebih dahulu.


Pembiayaan Tidak Dapat Diagihkan

4. Apakah kesannya, jika kedua-dua dokumen tersebut tidak diperolehi? Kesannya adalah, bank pembiaya tidak akan disburse pembiayaan anda kepada peguam anda. Ini adalah kerana kedua-dua dokumen tersebut adalah pre-condition before disbursement.

5. Cuba bayangkan, jika pemaju tersebut telah digulungkan. Pastinya peguam anda akan menghadapi masalah untuk mendapatkan surat pengesahan dan akujanji tersebut. Selagi tidak dapat dokumen-dokumen tersebut, bank tak kan release loan. Dan jika loan tidak release, bagaimana anda hendak bayar baki harga jual beli kepada penjual.? Dan urusan jual beli tersebut pastinya akan tergantung (stuck) begitu sahaja. Melainkan, liquidator telah dilantik oleh mahkamah sebagai pentadbir asset dan liability pemaju yang telah digulung tadi.

Dikenakan Bayaran Caj Tambahan

6. Baik, katakanlah mahkamah telah melantik liquidator, anda mungkin bernasib baik sebab boleh dapatkan dokumen-dokumen tersebut daripada liquidator. Tetapi anda perlu tahu, biasanya liquidator akan kenakan charge liquidator’s fees sebanyak 2% daripada harga jual beli jika anda / peguam anda inginkan mereka keluarkan surat perakuan dan akujanji tersebut. Tak fasal-fasal anda terpaksa tanggung kos tambahan dalam urusniaga jual beli tersebut.

7. Anda mungkin bertegas tidak mahu bayar liquidators fees tersebut atau minta penjual yang jelaskan. Tetapi jika anda tidak jelaskan, mungkin proses penyempurnaan tersebut akan menjadi lebih lambat. Liquidator tak kisah pun kalau anda tidak mahu bayar. Sebab mereka tahu mereka adalah pihak yang amat diperlukan oleh pembeli untuk membolehkan urusan jual beli disempurnakan.

Jadi nak tak nak, anda terpaksa bayar juga liquidator’s fees tersebut. Kalau tak bayar, maka mereka tidak akan release dokumen-dokumen tersebut kepada peguam anda. Dan pastinya itu akan menyebabkan kelewatan penyempurnaan urusan jual beli hartanah tersebut.


Faedah Lewat Bayar Oleh Penjual

8. Bukan setakat itu sahaja, anda juga bakal berhadapan dengan faedah lewat bayar yang mungkin dikenakan oleh penjual kepada anda. Kalau lewat sebulan dua tak ape lagi. Kalau lewat setahun? Cuba bayangkan berapa banyakkah faedah lewat bayar yang anda kena bayar kepada penjual selagi urusan jual beli tersebut belum disempurnakan?

9. Dalam urusniaga jual beli sedemikian, saya pernah jumpa kes yang mengjangkau 2 tahun, tetapi masih tidak selesai lagi. Apatah lagi terdapat kes dimana peguam yang mengendalikan urusan jual beli tersebut pun tiada pengalaman mengendalikan kes jual beli hartanah sebegitu. Maka, jawabnya lagi perlahanlah proses penyempurnaan urusan jual beli tersebut.

Jadi nasihat saya, selidikilah dulu status dan latar belakang hartanah yang anda hendak beli tersebut, khususnya hartanah strata.

Jika belum ada hakmilik strata yang berasingan dan pemaju pun telah digulungkan, maka cuba elakkan untuk beli. Melainkan anda dan penjual tidak kisah kalau urusan tersebut lambat selesai sekalipun.

Jadi terpulanglah kepada anda. Saya hanya nyatakan, ianya berisiko dan saya juga telah jelaskan apakah risiko-risikonya. Tetapi jika anda hendak beli juga, itu terpulang kepada anda. Duit, duit anda. Bukan duit saya.

Oleh;

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

- Siakap Keli

BACA: Ini Sebabnya Mengapa Perjanjian Jual Beli Tidak Boleh Digunapakai Jika Membeli Hartanah Dalam Kategori Berisiko
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "