Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gula Bukan Sekadar Hablur Putih Manis, Ada Pelbagai Bentuk Gula Yang Tanpa Sedar Kita Masukkan Dalam Diet Harian

20 Jan 2017
No Comment

Gula adalah sejenis karbohidrat sederhana yang menjadi sumber tenaga kepada badan manusia dan juga merupakan komuditi utama dalam perdagangan.

Gula paling banyak diperdagangkan dalam bentuk kristal sukrosa padat, gula digunakan untuk mengubah rasa menjadi manis dan keadaan makanan atau  minuman.

Ramai orang yang berdiet untuk kurus cuba lari daripada gula, ada juga mereka yang terkena diabetis perlu berpantang makan gula terlalu banyak, dan ada yang cuba menjaga pemakanan mereka dengan 'lari' daripada mengambil terlalu banyak gula.

Tetapi, ramai yang beranggapan gula hanyalah hublur putih yang kita pakai di dapur untuk memasak tanpa kita sedar gula sebenarnya hadir dalam pelbagai bentuk yang kadang-kadang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Ada makanan yang kita beli tidak terang-terangan menulis perkataan gula atau 'sugar' di belakang kotak atau tinnya, sebaliknya mereka melulis dengan nama lain membuatkan sesetengah orang tidak tahu akan menganggap ianya bebas gula.

Jom kita baca penerangan yang baik oleh pihak Root Of Science ini,

Kebanyakan dari kita akan terfikirkan gula dalam bentuk hablur putih yang memberikan rasa manis dalam makanan dan minuman. Sebenarnya, ada pelbagai bentuk gula yang tanpa sedar kita masukkan ke dalam diet kita sehari-hari. Pengetahuan tentang gula ini adalah penting bukan saja buat pesakit diabetes, tetapi untuk kita juga supaya kita dapat mengawal kalori dan amaun gula yang kita ambil sehari-hari.


Gula adalah nama umum bagi sekumpulan bahan kimia yang terdiri dari carbon, oksigen dan hydrogen. Gula bukan sahaja bahan utama bagi sumber tenaga kita, ia juga wujud sebagai tulang belakang DNA, malah gula adalah penting bagi menentukan jenis kelompok darah A, B, AB dan O kita.


Gula yang memberikan tenaga dengan cepat adalah glukosa. Gula ini adalah gula ringkas atau monosakarida yang dapat diserap serta merta oleh tubuh. Monosakarida lain adalah seperti fruktosa dan galaktosa.


Gula dapur yang kita biasa gunakan sehari-hari dalam masakan dan minuman adalah sukrosa. Gula ini adalah disakarida – dua gula, yang terdiri dari glukosa dan fruktosa yang bergandingan. Gula jenis ini dengan mudahnya akan dimetabolismakan oleh enzim sukrase dalam tubuh kita untuk menjadi gula ringkas yang mudah diserap tubuh.

Sumber gula kita biasanya diperoleh dari tebu, manakala di eropah dari bit gula. Sebab itu dikatakan fruktosa adalah gula buah-buahan / tumbuhan kerana fruktosa (dalam bentuk sukrosa) banyak didapati dalam tumbuhan sebagai storan tenaga hasil dari fotosintesis. Madu adalah 40-55% fruktosa, jadi madu juga adalah sumber gula dalam diet kita.



Laktosa yang terdapat dalam susu juga adalah sejenis disakarida yang terdiri dari glukosa dan galaktosa. Gula ini akan dihadam oleh enzim lactase dalam perut kita. Kadang-kala enzim ini kurang atau tidak dihasilkan oleh tubuh dan menyebabkan laktosa terkumpul dan tidak dapat dihadam dan diserap di dalam perut dan usus. Ini akan meyebabkan masalah seperti cirit-birit dan ketidakselesaan perut. Keadaan ini digelar ‘lactose intolerance’ (tidak toleran laktosa).


Menariknya, enzim ini akan berkurangan semakin kita dewasa. Jadi keadaan ‘lactose intolerance’ boleh berlaku pada kita walaupun ketika kecil kita boleh meminum susu tanpa masalah. Ibu-ibu juga dinasihati untuk membersihkan mulut bayi selepas selesai menyusu kerana gula laktosa ini juga wujud dalam susu ibu.



Gula juga wujud dalam makanan berkanji seperti nasi, kentang, ubi kayu, jagung dan gandum. Kanji disebut sebagai gula kompleks atau nama lainnya karbohidrat kerana ia terdiri dari rantaian-rantaian panjang glukosa. Kanji akan diuraikan oleh enzim-enzim dalam tubuh kita kedalam bentuk glukosa untuk diserap dalam darah. Jadi, pesakit diabetes yang mengawal pengambilan gula juga patut mengawal pengambilan makanan-makanan berkanji ini.



Gula terbitan atau pemanis bukan gula juga semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Pemanis bukan gula seperti aspartame adalah berasaskan asid amino dan bukan glukosa. Saccharin juga adalah gula sintetik berasaskan asid karboksilik. Kedua-duanya telah disahkan selamat untuk kegunaan manusia walaupun ada beberapa kontroversi mengenainya beberapa dekad lalu.

Pemanis tiruan berasaskan kompaun dari tumbuhan juga telah dipopularkan sebagai pilihan yang lebih sihat. Contohnya glikosida steviol dari stevia dan xylitol, gula alkohol dari serat tumbuh-tumbuhan.


Ada beberapa minuman kopi mineral pra-campur yang diakui oleh ejen penjual tidak mempunyai kandungan gula. Tetapi apabila dilihat di belakang kotaknya, antara bahan-bahan utama adalah glukosa atau sirap glukosa. Aduhai… sudahlah dikatakan barang mereka mampu mengubati beberapa jenis penyakit kronik seperti diabetes, menipu pula dengan kandungan sebenar.

Kadang-kala, sumber gula juga ditulis sebagai dekstrose, sirap jagung (corn syrup), sirap glukosa (glucose syrup), sirap buah-buahan dan sebagainya dalam label makanan. Sebagai pengguna kita haruslah cakna dengan apa saja yang kita masukkan ke dalam mulut kita. Jangan tertipu lagi, ya!
‘A Sugar by any other name would taste as sweet….’ - Root Of Science

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "