Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto & Video) Kuda Ratapi Pemergian Tuannya Ketika Majlis Pengebumian

6 Jan 2017


Tetamu yang hadir dalam majlis pengebumian Wagner de Lima Figueiredo, 34, terkejut apabila salah seekor kuda yang rapat dengan mendiang datang mendekati keranda dan meringkik seolah-olah ia juga meratapi pemergian tuannya itu.

Rakaman menyedihkan itu menunjukkan haiwan itu menghentakkan kaki, berdengus dengan kuat sambil menggeleng-gelenggkan kepala atas dan bawah ketika pengusung jenazah memberikan ucapan.

Kuda bernama Sereno itu dibawa ke pengebumian itu oleh adik Wagner, Wando de Lima, pada Selasa di Paraiba, timur utara Brazil.

Difahamkan, Sereno dan tuannya mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Wando berkata: "Kuda ini adalah segala-galanya kepada Wagner, ianya seolah-olah kuda itu tahu(tuannya mati) dan mahu mengucapkan selamat tinggal.

"Sepanjang jalan ke kubur, ia merengek dan menghentak kaki ke tanah", tambahnya.

Sereno menghentakkan kaki di majlis pengebumian tuannya.

Sereno mendekati keranda tuannya.

Wagner mati dalam satu nahas motosikal ketika tahun baru selepas gagal mengawal motosikalnya ketika menunggang di persisir pantai di bandar itu.

Seorang rakan rapat keluarga, Francielio Limiera berkata: "Ianya sangat menakjubkan melihat kelakuan kuda itu. Jika saya tidak berada di sana, saya tidak akan percaya.

"Ketika kami bawa keranda, Sereno berbunyi seperti menangis dan seolah-olah mengetahui tuannya akan pergi selama-lamanya. Dia menghentak kaki ke tanah dan merengek. Ia sangat menyedihkan.

Menurut Wando, abangnya itu kadang-kadang sanggup tidak membeli barangan kemahuannya semata-mata untuk menyediakan makanan cukup untuk Sereno.

Tambahnya, ramai orang sebelum ini menawarkan untuk membeli kuda putih itu namun Wagner akan menolak tawaran itu.

Sereno dan Wagner

Wando juga berkata dia bersumpah akan mengambil tanggungjawab menjaga Sereno.

Menurut senior dari Brazilian Horse Riding Federation, seekor kuda boleh merasa dan meratapi orang kesayangan mereka.

Katanya: "Saya melihat cerita yang lebih menakjubkan dan saya pasti kejadian seperti ini boleh berlaku."

Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "