Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Formula Bagaimana Ibu Bapa Boleh Membantu Guru Untuk Memastikan Anak-Anak Lebih Baik Dalam Soal Pendidikan Mereka

15 Jan 2017
No Comment

Memberi pendedahan kepada sesuatu yang baru buat anak-anak ada ketikanyamemberi cabaran buat ibu dan bapa, namun jika dilihat pada sudut yang positif, anak-anak akan dapat mempelajari benda baru, dan dijadikan sebagai pengalaman buat mereka.

Begitu juga dengan proses pembelajaran, serta pengajaran, yang mana, guru serta ibu dan bapa perlu saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain, untuk memastikan anak-anak memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Mungkin ada di luar sana, yang mana memberikan tanggungjawab sepenuhnya buat guru, apabila menghantar anak mereka ke tadika, mahu pun sekolah, namun menurut saudara Hazhari Ismail, terdapat beberapa perkara yang harus difahami oleh ibu dan bapa, dalam soal ini.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Benar, di Malaysia makin lama makin pula tinggi expectation ibu bapa kepada guru-guru khususnya di peringkat prasekolah atau tadika. Sebabnya, ini adalah tempoh kritikal kanak-kanak untuk membesar. Tapi, perlu diingat tugas mendidik anak-anak bukan semata-mata terletak di pundak guru, bahkan kerjasama dari pihak ibu bapa amatlah penting. Mungkin ini adalah benda yang guru harap ibu bapa faham tentang pendidikan anak mereka.

1. Komunikasi

Lepas drop off anak di sekolah, then lepas tangan serah kat cikgu semata-mata. Tak. Tak bagus macam tu. Sebenarnya itulah permulaannya sebagai ibu bapa to keep inform for whatever they do at school. Guru di sekolah sebenarnya nak jadikan ibu bapa sebagai partner, partner untuk mendidik anak anda bersama. 

Sebab itu ibu bapa disarankan kalau ada benda berlaku di rumah, tolong inform guru. Kecederaan ke, abuse ke, apa-apa je yang boleh affect tingkah laku kanak-kanak atau prestadi akademik. Share. Beritahu. Jangan jadikan anak anda mangsa keadaan, so that guru boleh beri perhatian yang lebih.

2. Jangan Beri Harapan Yang Tinggi

Jangan buat tadika macam tadika sendiri. Sadly, ramai ibu bapa letak high standard untuk berdepan dengan standardized exam. Anak-anak mempunyai karakter individu yang berbeza. Jadi, ibu bapa adalah insan yang paling tahu yang anak mereka memang berbeza. Dia minat problem solving ke, dia suka melukis or benda-benda art ke, dia suka bercakap dan berfikir luar alam ke. 

Anda dapat kesan anak anda berbakat dalam bidang apa. Jangan salahkan anak-anak kalau tidak berbakat untuk dapat high score dalam jawab exam math, tapi rupanya berbakat untuk bermain muzik.


3. Anak-Anak Untuk Lebih Yakin

Guru nak anak-anak dapat tingkatkan self-control and efficacy. Macam sesuatu yang taboo dalam masyarakat bila kita galakkan perbincangan yang serius diadakan antara ibu bapa dan anak. Ada anak-anak macam malu nak express feeling and needs sebab di rumah mereka tidak diajar untuk mengexpress diri. Bila kat sekolah, malu tak kena tempat tu berlanjutan. Malu nak tanya soalan. Malu nak jawab soalan.

4. Feedback Dari Guru

Tolonglah ambil tahu. Tanya guru peningkatan dan aktiviti anak-anak, tapi biar berpada. Datang sekolah. Jangan ngelat bila ada report card day. Sekali sekala hantar anak sampai ke dalam kelas. Check stationary dalam beg cukup ke tidak. Volunteering adalah perkara yang terbaik untuk tahu hal-hal sekolah supaya ibu bapa kekal cakna perkembangan anak-anak di sekolah. Pihak sekolah lagi suka kalau ada ibu bapa yang volunteer nak involve mana-mana events.

5. Bermain Bersama Anak

Play play play play play. Jangan harapkan sekolah sahaja yang bagi peluang bermain kepada anak-anak. Jangan kunci rumah bila anak di rumah. Teman anak anda bermain di luar. Luangkan masa bersama. Jangan bagi otak anak berhenti time weekend sebab anda malas untuk melayan karenah mereka. Taknak outdoor play, go for indoor. Tak kesahlah main apa pun.


6. Bacakan Untuk Anak

Bacakan anak anda sekali sebenarnya tak cukup. Kalau boleh tiga kali sehari. Bukanlah bermaksud bila cakap membaca tu ibarat nak bacakan cerita panjang-panjang. Jenuh lah jugak kan. Ada banyak jenis bahan bacaan. Soft book, predictable book, picture cards/book, flash card, big book, wordless book. Eh, banyaklah. Nak seribu daya. Oh ya, sedikit tips, janganlah skema sangat baca buku dari awal hingga akhir. Tanyalah karakter apa yang baik, apa yang akan berlaku next, recognize vocab baru dll.

7. Biar Anak Meneroka

Bagi kanak-kanak explore menulis di rumah. Nak anak-anak cepat menulis kan? Jangan harapkan kat sekolah je. Tak cukup. Bagi pensel, crayon ke, pen, pensel warna, suruh lah anak-anak lukis ke, warna ke, scribble ke. Bukan hasil lukisan dan tulisan yang kita nak, tapi prosesnya telah meningkatkan koordinasi tangan dan mata. Cepat sikit boleh menulis dengan elok, dan tingkatkan attention span.

BACA: "Budak-Budak Suka Conteng Dinding, Suka Buat Apa Yang Kita Larang, Lepas Tu Buat Eksperimen Sendiri Pula", Selami Penjelasan Dari Seorang Doktor Mengapa Ia Berlaku.


8. Interaksi Dengan Anak

Homework adalah peluang untuk bercakap, berkongsi dan mendengar bersama-sama anak-anak. Jangan lah bagi bilik khas atau meja kosong untuk mereka selesaikan sorang-sorang. Duduk sebelah, bantu dan support. Anak-anak kadangkala nak show off mereka dah belajar apa di sekolah. Janganlah kedekut dengan memuji dan terutama jangan kedekut dengan masa berkongsi dengan anak.

BACA: Penglibatan Ibu Bapa Harus Diterapkan Melalui ‘Homework’ Anak-Anak, Bukan Hanya Kerja Rumah Atas Buku Sahaja

9. Kurangkan Penggunaan Gajet

TV, ipad, tablet, games, ps4, xbox tolonglah kurangkan. Bukan tak boleh. Tapi kurangkan. Makin lama anak-anak meluangkan masa dengan gajet, makin kurang mereke berinteraksi dengan ibu bapa. Jangan salahkan anak-anak kalau mereka kurang bercakap di atas kesilapan sendiri.

10. Percaya Pada Guru

Percayakan guru anak anda. Mereka professional dalam bidang mendidik anak-anak. Kalau guru pesan suruh banyakkan bercakap di rumah sebab anak kurang bercakap di sekolah, cuba la dengar nasihat. Lagi-lagi JIKA anak-anak ada potensi mempunyai masalah pembelajaran seperti dsylexia, autism, adhd dan lain-lain. Guru-guru boleh mengesan jika anak anda lain daripada yang lain. Mereka boleh beri nasihat supaya jumpa yang doktor pakar. 

Persepsi ibu bapa macam tak boleh nak terima anak itu ada kekurangan. Ingat, lagi awal kekurangan dapat di kesan, lagi cepat kita boleh bantu untuk reduce kan masalah pembelajaran. Jangan bila dah masuk sekolah rendah, kita redha je anak masuk kelas pemulihan dek kerana ego ibu bapa yang tak percaya dan terlambat percaya dengan seorang guru tadika.


Ramai pandang enteng kerjaya seorang guru tadika. Kerana ego mungkin sebab berkerjaya lebih besar dan gaji lebih banyak dari seorang guru. Masa anak anda terluang lebih banyak dengan guru berbanding anda.

Jangan dikeji guru tadika kerana tangan mereka lah yang mencuci segala muntah, air kecil atau besae anak anda. Bahu merekalah yang anak anda peluk untuk nak leraikan tangisan dan bagi keep calm. Suara mereka lah yang mengajar anak anda sehingga pandai tulis baca kira. Mata mereka lah yang memerhati jika anak anda buat salah dan betulkan dan memuji jika sebaliknya.

Kalau anda tak percaya dengan guru tadika, percayalah dengan anak anak. Support mereka dirumah dan luangkan masa bersama.

Guru tak mengharapkan mereka disanjung pon. Malah berapa banyak antara kita tak ingat langsung nama guru tadika kita yang dulu kan?

Mungkin dengan ucapan sesimple terima kasih semasa mengambil pulang anak anda sudah cukup menghilangkan penat dan lelah menceriakan penghujung hari seorang guru tadika.

- Siakap Keli

BACA: Ramai Ibu Bapa Terlalu Obses Untuk Anak Kuasai Pelbagai Kemahiran, Hinggakan 7 Perkara Ini Terlepas Pandang Bila Anak Tidak Pandai Menulis



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "