Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Biarpun Beberapa Jam Terakhir Hayatnya, Adenan Masih Fikir Tentang Sarawak Tercinta' - Anak Perempuan

14 Jan 2017


Kuching, 14 Jan - Biarpun sudah berada di jam-jam terakhir hanyatnya, Allahyarham masih lagi memikirkan tentang negeri Sarawak yang dicintainya.

Begitu cerita anak perempuan Allahyarham Adenan Satem, Rafidah Adenan, yang ada menemani ayahnya itu pada malam terakhir.

"Di malam terakhir itu, saya bersendirian bersama ayah, duduk di sebelah katilnya bersama dua orang jururawat yang duduk di kerusi beberapa kaki dari saya.

"Dah tentu, kami langsung tidak menyangka ia adalah malam terakhirnya. Jika kami tahu, satu keluarga sudah tentu berada di sana.

"Saya tak akan lupakan malam itu. Ianya satu malam yang tenang dan senyap.

"Bunyi pernafasannya berkali-kali diganggu oleh bunyi mesin yang digunakan untuk mengepam tilam udara yang beliau tidur. Beliau kelihatan begitu tenteram dan tenang dan saya tidak dapat berhenti dari merenungnya. ", tulis Rafidah panjang.

"Banyak kali beliau terbangun dan memperbetulkan kedudukannya di atas katil. Saya akan menyesuaikan ketinggian katilnya dan mengurut belakangnya supaya beliau boleh tidur dengan lebih selesa.

"Kadang-kadang, beliau akan meminta air untuk menghilangkan dahaganya. Beberapa kali juga beliau mengomel semasa tidur. Setiap kalinya (ngomelan), ia terkait dengan kerja, seperti ' ni tidak berperlembagaan' dan ada pada satu ketika beliau menggomel, 'Saya mempunyai komitmen esok...'

"Malah, di jam-jam terakhirnya, beliau sentiasa memikirkan tentang Sarawak tercinta", tulis Rafidah.

Selain perkongsian kisah malam terakhir itu, Rafidah juga turut menceritakan secara ringkas tentang kehidupan bapanya dari lahir sehingga ke akhir hayat.

"Dedikasi ayah saya terhadap Sarawak bukan sesuatu yang unik kerana semua orang Sarawak berdedikasi kepada Sarawak. Namun, kekuatan posisinya dalam berunding untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik untuk Sarawak dan rakyat Sarawak adalah berdasarkan kejujuran dan integriti", kata Rafidah.

Sumber: FB Rafidah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "