Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Finland Jadi Negara Pertama di Eropah Beri Gaji Asas Kepada Penganggur

4 Jan 2017


Finland menjadi negara pertama di Eropah membayar rakyatnya yang tidak bekerja dalam satu eksperimen yang akan disaksikan satu dunia, dikala idea pendapatan asas universal menjadi semakin popular.

Dibawah skim percubaan selama dua tahun yang bermula pada 1 Januari itu, 2,000 penganggur berusia dari 25 ke 58 tahun dipilih secara rawak untuk menerima pendapatan sebanyak €560 (RM 2,600).

Lebih menarik, pendapatan itu akan tetap diberi walaupun penganggur berkenaan mendapat kerja dalam tempoh tersebut.

Menurut badan keselamatan sosial Finland, Kela, percubaan itu bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan juga pengangguran - yang mana meliputi 8.1% rakyat negara tersebut. Sistem sedia ada tidak menggalakkan penganggur dari bekerja memandangkan (pekerja yang menerima) pendapatan rendah sekalipun akan dikenakan potongan besar dari faedah kebajikan (sedia ada).

"Bagi seseorang yang menerima pendapatan asas, tiada kesan jika mereka bekerja beberapa hari atau beberapa minggu," kata Marjukka Turunen, dari unit hal ehwal undang-undang Kela.

Kebanyakan rakyat di negara terbabit enggan bekerja selama bertahun-tahun kerana mereka tidak mahu kehilangan faedah kebajikan yang disalurkan kepada penganggur.

Menurut Professor Olli Kangas dari Kela, pihaknya akan memantau percubaan ini sama ada penganggur akan menggunakan duit itu untuk mula bekerja atau kekal tidak bekerja.

Berdasarkan perancangan, wang gaji berkenaan merupakan sebahagian faedah pengangguran yang akan diterima peserta jika menganggur dan pembayaran akan tetap diberikan walaupun mereka sudah mula bekerja.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "