Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Dunia Mesti Ambil Tahu Sekarang' - Bapa Kongsi Foto Jasad Anaknya Dengan Harapan Dunia Ambil Berat Tentang Nasib Rohingnya

5 Jan 2017
No Comment

Bapa kepada seorang bayi berusia 16 bulan - yang ditemui mati dalam selut ketika cuba lari dari Myanmar - berkongsi foto menyayat hati anaknya itu dengan harapan ia akan membuatkan dunia mengambil berat tentang pertarungan yang terpaksa dihadapi oleh Rohingnya.

Mohammed Shohayet, 16 bulan, cuba melarikan diri dari rumahnya di Rakine dengan keluarga untuk ke Bangladesh.

Bapa Mohammed, Zafor Alam, yang berjaya melarikan diri ke Bangladesh, merayu kepada dunia supaya mengambil tahu tentang pertarungan yang perlu diharungi oleh warga Rohingya.

Dia memberitahu CNN: 'Di kampung, helikopter menembak ke arah kami, dan tentera Myanmar juga melepaskan tembakan kepada kami. Datuk dan nenek saya dibakar hidup-hidup. Kampung kami dibakar oleh tentera. Tiada apa yang tinggal.

'Bila saya lihat foto itu (anak lelakinya), saya rasakan yang saya patut mati. Tiada sebab untuk saya hidup di dunia ini.

'Saya mahukan satu dunia tahu. Kerajaan Myanmar tidak patut diberikan masa lagi. Jika anda semua mengambil masa untuk bertindak, mereka akan bunuh semua warga Rohingya.

Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "