Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buat Ibu Bapa Yang Pertama Kali Menerima Cahaya Mata, Ini Tips Jimat Dalam Penyediaan Kelengkapan Untuk Bayi

26 Jan 2017
No Comment

Mendapat cahaya mata sudah pasti saat yang menggembirakan buat ibu dan bapa, setelah menanti selama 9 bulan, akhirnya saat kelahiran telah tiba. Kegembiraan bukan sahaja buat ibu dan bapa, tetapi turut dikongsi bersama dengan keluarga, juga rakan-rakan.

Semasa bayi dalam kandungan lagi, ibu bapa sudah membuat persediaan untuk menyambut kedatangan ahli keluarga yang baru. Membeli pakaian, lampin pakai buang, set mandian, juga menghias bilik tidur, menjadi keutamaan yang akan dibeli oleh ibu dan bapa.

Namun begitu, tidak semestinya ibu dan bapa perlu membeli banyak, dan segalanya perlu yang baru, kerana menurut dari perkongsian oleh saudari Aqil Awliya, terdapat tip persediaan yang boleh diikuti, dan ia memudahkan proses persediaan menyambut kelahiran bayi.Jom kita tengok apa yang perlu dilakukan.


PERTAMA KALI
Akak.. ini kali pertama saya menjadi ibu. Boleh share apa tips nak jimat sempena menyambut kelahiran anak pertama?

Tahniah! Semoga kelahiran anak pertama membawa rezeki. Dalam keseronokan menyambut cahaya mata, mohon ingatkan diri agar tidak membazir. Akak bukan lah banyak pengalaman sebab akak hanya punya Double A. Sorang umur 11 tahun, sorang lagi 4 tahun.

Ehhh! Jauhnya jarak umur Double A? 

Yaa... Jarak mereka 7 tahun. Sebab akak merancang untuk memastikan sekurang2nya setiap anak memiliki sebuah rumah, insuran dan dana pendidikan seawal usia 3 dan 9 tahun. Tapi sebelum tu akak memastikan kami suami isteri juga memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah seorang.

Dan impian sebesar ini bagi rakyat marhaen seperti kami memerlukan perancangan yang teliti dalam tempoh masa tertentu. Akak dan arjuna beta kan jenis tak pandai nak kelam kabut. Relax-relax suda..

Since ditanya, maka ini cara akak membuat persediaan menyambut kelahiran dua bayi:


1. Pakaian

Akak beli sikit je pakaian. Sebab masa lahir je baby, bertimpa-timpa kawan dan saudara mara bagi hadiah. Cam kasut tak perlu beli. Bukannya baby berjalan pun. Sarung tangan dan kaki pun sama. Seminggu lepas lahir barulah review yang mana tak cukup untuk dibeli. Terselamat lah wang daripada pembaziran

2. Penyusuan Ekslusif

Walaupun kita ini bekerja cuba tekadkan hati nak fully breastfeed. Ianya sangat berkhasiat untuk kesihatan baby. Kalau ibu yang bekerja, anda perlu beli pum. Tak pe, beli yang berkualiti dan sedikit mahal. Cam kes akak, arjuna beta hadiahkan double pump. Jimatkan masa akak yang selalu busy di pejabat. So, buat arjuna mulia di luar sana, semasa isteri mengandung, dah boleh buat tabung untuk hadiahkan isteri breast pump yang berkualiti. Berkepuk-kepuk pahala anda nanti. 

Lepas dua tahun complete penyusuan ibu, iklankan kat mana-mna website. Jual balik. Duit tu tabungkan ke akaun bayi. Spare botol susu juga tapi tak perlu banyak. Sebab sepanjang tempoh maternity leave ibu bekerja perlu melatih bayi minum susu melalui botol.

3. Penyusuan Susu Formula

Kang ada yang over sensitive cakap tak mampu nak breastfeed nak wat camne? Tak mampu nak breasfeed camne nak jimat? Okay tak pe.. Beli susu formula size kecik dulu. Cuba dapatkan pack percubaan yang percuma di hospital untuk monitor kesesuaian baby. Tak de la terbazir kalau susu formula tu tak sesuai dengan baby. Dah jumpa susu formula yang sesuai baru beli size besar. Tapi tak perlu beli banyak-banyak. Monitor kesesuaian bayi sebab terkadang hari ni sesuai esok mungkin tak sesuai. Dah membazir stock yang banyak tu.

BACA: Ramai Salah Bancuh Susu Anak Sampai Hilang Khasiatnya, Berikut Adalah 5 Langkah Betul bancuh Susu Bayi

4. Barangan Terpakai

Barangan seperti stroller, buaian dan baby seater tak perlu la beli jenama baru semuanya. Membazir dik. Beli je second hand. Banyak website dan FB yang menjual barangan bayi terpakai tapi masih elok dan berkualiti. Anda boleh berjimat 30% hingga 50% berbanding barangan baru.


5. Makanan Bayi

Bayi sebelum 6 bulan jangan diberi makan. Mematuhi nasihat doktor dalam penjagaan bayi adalah sangat penting. Ini bertujuan bagi mengekalkan kesihatan anak di tahap maksimum. Selepas 6 bulan, masak dan bekalkan makanan bayi ke taska. Ianya lebih menyihatkan, kurang gula dan jimat.


6. Lampin

Cam kes Awliya dulu akak terpaksa pakaikan jenama mahal disebabkan kulitnya yang agak sensitive. Tapi bila time Aqil ni pulak, kulitnya memang tak de masalah. Maka kami pakaikan lampin jenama yang murah sahaja. Dengan pengawasan rapi, kulit Aqil tak pernah ada masalah dan dapatlah kami melakukan penjimatan di situ.

7. Kesihatan

Seperti dalam pelaburan, akak selalu guna konsep mencegah risiko lebih baik daripada mengubati risiko. Maka Double A dilatih untuk minum Scott Emulsion dan vitamin C seawal umur setahun hingga sekarang. Scott Emulsion pula yang pure minyak ikan yang warna putih. Akak tak de bagi perisa oren bagai sebab terlalu manis dan ada gula. Dengan izin Allah, minyak ikan dan vitamin membantu lindungi anak dari mudah mendapat jangkitan demam selsema kat taska. Al maklumlah, kos ubat klinik bukannya murah. Kos pencegahan lebih murah berbanding kos rawatan.

8. Simpanan

Sejak mengandung di hari pertama akak menggunakan konsep tiga ringgit sehari. Sepanjang mengandung 9 bulan 10 hari akak selalunya berjaya saving melebihi RM800. Pastu bersambung pulak perjuangan menabung selama enam bulan selepas anak lahir yang jumlahnya lebih kurang RM500. Di campur pula dengan wang pemberian rakan dan saudara kepada cahaya mata yang baru lahir, jumlah simpanan pertama anak yang masuk ke akaun Ting pada usia enam bulan akan bernilai melebihi RM2,000++.

Kenapa akak saving tiga ringgit sehari? Sebab tiga digit mewakili “mama love you”. Semoga Double A tahu bahawa sejak mengandung mama sentiasa cinta dan ingatkan mereka. Selamanya

Salam sayang dari ibu romantic yang acah-acah suwitt

- Siakap Keli

BACA: Semua Suami Harus Tahu Ilmu Ini, Jangan Sesekali Bagi Isteri 'Stress' Walau Sedikit, Lagi-Lagi Selepas Bersalin, Lelaki Ini Kongsi Sebabnya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "