Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bermula Dengan Wang Saku RM500, Usahawan Nur Sajat Kini Berjaya Capai Impian Miliki Kediaman Dato' Aliff Syukri, Anjur Seminar Kongsi Tips Perniagaan

26 Jan 2017


Kuala Lumpur – Siapa sangka, rumah banglo mewah milik usahawan terkemuka, Dato' Aliff Syukri kini sudah berpindah tangan kepada seorang usahawan muda yang dikenali sebagai Nur Sajat.

Pembelian keseluruhan banglo itu diumumkan oleh Nur Sajat, yang juga pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd menerusi satu temubual khas di Hotel Royal, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, Dato' Aliff Syukri juga turut mengumumkan pembelian itudi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

"Hari ni saya nak meluahkan rasa sedih saya sebab terpaksa meninggalkan rumah kesayangan saya ni yang dah hampir 5 tahun saya tinggal di sini,rumah pertama saya dan segalanya bermula di sini suka duka susah dan sedih semua ada sayang sgt nak tinggalkan," tulis Aliff Syukri.

Aliff Syukri juga turut menyatakan harapannya agar Nur Sajat dapat menjaga rumah kesayangannya itu dengan sebaik mungkin.

"Dan yang paling penting tahniah kepada usahawan perempuan @nursajat02 sebab menjadikan impiannya menjadi realiti untuk memiliki rumah banglow mewah 10 bilik ini, harap dapat jaga rumah ni sebaik-baiknya." tulis beliau.

Kisah kejayaan Nur Sajat mungkin sudah tidak asing lagi bagi mereka yang gemar mengikuti perkembangan usahawan-usahawan tempatan.

Bagi yang belum mengetahui, Nur Sajat tidak bermula dengan latar belakang yang senang. Malah, dia dulu pernah bekerja disamping ibu bapanya ditapak pasar malam. Bagaimanapun, terdetik di hati Nur Sajat tekad untuk mengubah nasib keluarga ketika itu.

Perjalanan bisnes kosmetik Nur Sajat bermula apabila dia memulakan jenama kosmetik Let's Cantik by Nur Sajat. Namun, langkah kejayaannya mula berputik apabila apabila dia menggunakan wang sakunya sendiri yang berjumlah RM500 untuk tujuan pemasaran viral. Ketika itu, RM500 bagi Nur Sajat adalah jumlah yang besar memandangkan dia baru sahaja memulakan bisnesnya. Untuk setiap tapak kejayaan yang diperoleh, banyak halangan dan liku-liku yang terpaksa dihadapi oleh Nur Sajat termasuk tohmahan orang ramai terhadap fizikalya.



Penat lelah Nur Sajat selama dua tahun berhasil apabila dia sekarang sudah bergelar jutawan muda di Malaysia.

Kini, nama Nur Sajat bukan sahaja berada di produk kosmetik, malah turut menempa nama dalam bidang kecantikan lain apabila turut membuka Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam.


Tidak cukup dengan itu, Nur Sajat juga turut mengumumkan untuk membuat seminar bagi berkongsi pengalamannya berniaga sehingga berjaya. Seminar yang cuma dengan yuran terendah RM50 itu bakal menyaksikan usahawan muda tersebut berkongsi tips pemasaran efektif untuk usahawan-usahawan baharu.

Bagaimanapun, kursus ini terhad kepada 50 peserta terawal sahaja. Bagi yang berminat, boleh menghubungi Puan Wati di talian 011-11938834 atau Puan Akmal di talian 016-9888217. Untuk kemaskini lanjut perkembangan terkini lokasi seminar di setiap negeri boleh ikuti laman instagram @nursajatbeautician di pautan https://www.instagram.com/nursajatbeautician.

Berikut adalah jadual bagi seminar tersebut.

Bagi yang ingin mendapatkan tips-tips bisnes dan perkembangan terkini tentang bisnes Nur Sajat pula, boleh ikuti laman Instagram usahawan itu di https://www.instagram.com/nursajat02.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "