Hari ini, muzik dilihat sebagai satu medium hiburan peribadi ringkas yang sangat digemari oleh segenap lapisan masyarakat. Ianya boleh dilihat apabila minat orang ramai terhadap servis-servis penstriman muzik personal semakin mencanak naik.
Bagaimanapun, satu benda sahaja yang menjadi penghalang buat muzik untuk sampai ke telinga pendengar, iaitu kuota data internet. Jadi, buat mereka yang mendengar muzik setiap hari, pastikan memilih telco yang memberikan akses penstriman muzik tanpa had.
Salah satu telco Malaysia yang menawarkan penstriman muzik tanpa had adalah U Mobile menerusi servis Music-Onz™. Berikut adalah cara bagaimana untuk menstrim lagu apabila menggunakan langganan U Mobile.
4 Langkah Untuk Streaming Lagu Tanpa Had Dengan U Mobile
1 - Pertama sekali, pastikan nombor telefon yang digunakan berdaftar dengan U Mobile. Untuk pengguna pra-bayar, pastikan mempunyai baki kredit yang mencukupi (sekurang-kurangnya RM20 untuk melanggan UMI 20).
2 - Bagi pengguna pasca-bayar, Music-Onz™ sudah disertakan siap-siap di dalam pelan yang dilanggan. Untuk pengguna pra-bayar pula, mereka cuma perlu melanggan mana-mana pelan internet UMI yang ditawarkan oleh U Mobile.
Untuk melanggan, dial *118# dan ikut arahan yang ditetapkan.
Bagi pengguna iOS, boleh memuat naik aplikasi-aplikasi ini menerusi App Store manakala untuk pengguna Android, aplikasi-aplikasi ini boleh dimuat naik menerusi Play Store.
Lebih mudah, U Mobile turut memberikan pautan mudah ke semua aplikasi-aplikasi ini menerusi laman https://www.u.com.my/plans/data-services/music-onz.
4 - Buka aplikasi dan mula menstrim lagu tanpa perlu risau mengenai data. Data-data yang digunakan untuk menstrim lagu melalui kesemua 20 aplikasi yang tertera diatas adalah percuma.
Selain penstriman muzik tanpa had, apa lagi pelanggan dapat? 3x data percuma
Lihat jadual dibawah sebagai rujukan.
Artikel ini dibawakan oleh: U Mobile Malaysia