Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita di Ipoh Temui Ajal Selepas Tergelincir Ketika Selamatkan Kura-Kura

28 Dis 2016

Ipoh, 28 Dis - Seorang suri rumah menemui ajal apabila dia tergelincir di tepi tasik ketika sedang melepaskan seekor kura-kura ke dalam tasik dalam kejadian pada pagi Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong, mangsa yang dikenali sebagai Chin Ah Looi, 57, sedang bersenam di Bandar Seri Botani di Simpang Pulai ketika dia ternampak seekor kura-kura kira-kira jam 9.30 pagi.

Menurut beliau, mangsa kemudian mengambil kura-kura itu untuk dilepaskan ke dalam tasik berhampiran.

"Namun ketika mangsa berdiri di tebing tasik, mangsa tergelincir dan disyaki badannya tercucuk sebatang kayu bakau sebelum dia terjatuh ke dalam tasik," katanya.

Kata beliau lagi, seorang anggota polis bantuan yang ternampak kejadian cuba menarik mangsa ke darat sebelum menghubungi ambulans dan polis.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kesan kecederaan akibat tusukan pada bahagian dadanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "