Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Rakam Aksi Cucu 'Mulut Puaka' Memarahi Datuk Kerana Terlambat Untuk Temu Janji Baiki Telefon

21 Dis 2016
No Comment

Satu rakaman video yang memaparkan bagaiamana puakanya mulut seorang remaja di sebuah pasaraya di Amerika menjerkah dan mencaci seorang lelaki tua tersebar di internet.

Menerusi rakaman itu, difahamkan kedua-dua mereka terlambat untuk satu temu janji di Apple Store bagi membaiki iPhone si cucu dan ketika itu mereka sedang beratur untuk membeli makanan.

Menurut Dailymail, remaja berambut hijau itu rimas dengan situasi mereka sekarang dan menjerit ke arah datuknya: "Saya tak mahu menunggu untuk lagi 20 f******g minit dengan tidak berbuat apa-apa (beratur) dan kita sekarang sepatutnya berada di f******g temujanji.

"Saya dah berlaparan untuk sepanjang f******g hari".

Dalam keadaan gelisah, remaja itu dilihat terus menjerit ke arah datuknya. Bagaimanapun lelaki tua itu berada dalam keadaan tenang biarpun dihambur perkataan caci maki.

"Kita sepatutnya berada di sana lima minit yang lalu. Boleh tak kamu tolong pergi atas sana dan bercakap bagi pihak saya dan tinggalkan saya dengan duit atau apa-apa?".

"Kamu ambil telefon saya dan pergi atas sana dan bercakap dengan mereka", arah remaja terbabit.

Lelaki tua itu tidak melawan dan terus memberikan kad bank sebelum mengambil telefon remaja itu untuk dibaiki.

'Pergi, pergi, pergi, pergi', kata remaja itu sebelum berkata, 'F**K' sementara datuknya berlalu pergi.

Lebih teruk, remaja itu juga beberapa kali menyebut perkataan cacian itu biarpun datuknya sudah tidak kelihatan.

Remaja dalam video itu telah mendapat kecaman pelbagai pihak sehingga ada yang menyifatkannya 'budak paling spoiled di amerika'.


Sumber: Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "