Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pakcik Tua Sanggup Sabung Nyawa Bawa Lari Tong Gas Berapi Untuk Selamatkan Jiran

7 Dis 2016


China - Seorang lelaki tua di Wuxi, wilayah Jiangsu disini digelar hero selepas sanggup menyabung nyawanya melarikan sebuah tong gas terbakar demi menyelamatkan rumah jirannya dalam kejadian pada 2 Disember lalu.

Cai Dingfeng, 63, baru sahaja pulang ke rumah ketika dia terlihat api yang marak dari dapur rumah jirannya.

Menurut laporan media, jiran Cai sedang memasak apabila tiba-tiba hos gas bocor dan menyebabkan kebakaran. Jiran Cai, Wang, dilaporkan cedera melecur agak teruk.

Melihat keadaan yang semakin buruk, Cai dengan segera membalut tangan kanannya dengan kain dan membawa keluar tong gas itu dari dapur berkenaan.

Namun, disebabkan api yang marak, Cai terpaksa menggunakan penyadak untuk mengalih tong gas terbabit.

Bagi memastikan tong gas itu tidak menyebabkan kecederaan kepada jiran-jiran lain, Cai mengambil keputusan untuk berlari dan membawa keluar tong itu dari kawasan perumahan dan menghumbannya ke dalam sebuah kolam.






Tindakan pantas Cai itu berjaya memadamkan kebakaran.

Video kejadian dimuat naik di media sosial China dan orang ramai memuji tindakan Cai itu.

Menurut jiran, itu bukan kali pertama Cai melakukan kebaikan. Dia pernah menyelamatkan seorang wanita dari lemas di dalam sungai pada 2014.

Sumber: Shanghaidaily
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "