Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Lama: Rakaman Limpahan Air Deras di Cameron Highland Berlaku Pada 2014

26 Dis 2016


IPOH - Sejak semalam, viral satu video tujuh saat yang memaparkan pancutan air deras dari lereng bukit di KM 16, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Namun, insiden itu disahkan sebagai insiden lama yang berlaku pada 2014 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Perak, Lt. Kolonel Zairil Anuar Zulmuji berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan dengan pelbagai agensi termasuk jabatan Kerja Raya, Polis dan bomba susulan rakaman itu.

"Tetapi tiada mana-mana pihak berkenaan yang menerima laporan mengenai kejadian (limpahan air) itu yang didakwa berlaku semalam (Ahad)," katanya kepada Bernama.

Video limpahan air selama tujuh saat itu menjadi viral di media sosial mulai petang semalam berikutan hujan lebat di Cameron Highlands sejak awal pagi sehingga menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh dan banjir kilat khususnya di Tanah Rata.

Sumber: Sinar Harina
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "