Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Sebarang Tempoh Akhir Untuk Tukar Kad ATM - Bank Negara Malaysia

19 Dis 2016
No Comment


KUALA LUMPUR: Pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan telah menafikan dakwaan yang pihak bank akan mengenakan caj kepada pemegang kad ATM dan kad debit sekiranya mereka tidak menukar kepada kad baharu dalam tempoh yang ditetapka, lapor Kosmo!.

Melalui kenyataan yang dibuat di laman Facebook mereka, pihak BNM menegaskan  orang ramai masih boleh menggantikan kad tersebut di mana-mana bank secara percuma tanpa ada tarikh tamat tertentu.

“Bank Negara sekali lagi menegaskan bahawa orang ramai boleh menggantikan kad debit secara percuma di bank masing-masing.

“Orang ramai juga masih boleh terus menggunakan kad mereka sedia ada di mesin ATM walaupun belum menukar kepada kad debit baharu,” kata kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan itu juga menyatakaa, pihak bank dikehendaki mengeluarkan notis yang mencukupi dan tempoh masa yang munasabah jika mahu meminta pengguna melakukan penukaran kad sebelum menamatkan fungsi kad sedia ada untuk transaksi pembelian.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.bnm.gov.my atau melalui kaunter BNM atau menghubungi talian 1 300 88 5456.

Sejak minggu lalu orang ramai dilihat berpusu-pusu ke bank untuk menukarkan kat ATM berikutan tersebarnya berita yang menyatakan kad mereka akan disekat penggunaan jika tidak digantikan dengan kad baru iaitu yang mempunyai fungsi MyDebit, selain itu ia juga menyebut mereka juga akan dikenakan caj jika handak menukar kad berkenaan jika melebihi tempoh yang ditetapkan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "