![]() |
Satu foto kejadian yang berjaya dirakam. |
Ankara, 19 Dis - Duta Rusia ke Turki, Andrey Karlov, cedera parah selepas satu kejadian serangan bersenjata yang berlaku di Ankara hari ini.
Menurut saksi yang juga seorang jurufoto agensi berita AP, kejadian itu berlaku di sebuah pameran foto bertajuk 'Russia through Turks' eyes di sini sebentar tadi.
![]() |
Lelaki yang dipercayai penembak |
Menurut laporan berita tempatan, Karlov telah dihantar ke hospital tempatan dengan kadar segera.
Selain itu, turut difahamkan babak tembak-menembak antara polis dan penyerang masih lagi berterusan sehingga kini.
Setakat ini Turki masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian.
Serangan itu datang sehari sebelum Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, dijadualkan untuk melawat Moscow bagi membincangkan mengenai isu Syria dengan rakan sejawatnya dari Rusia dan Iran.
[Kemaskini]
Duta Rusia ke Turki Disahkan Maut Selepas Ditembak
Dalam satu sidang media, kementerian luar Turki berkata Karlov telah menerima rawatan di kawasan kejadian dan tidak dihantar ke hospital seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menurutnya lagi, Karlov cedera akibat kesan tembakan.
Dalam pada itu, penembak telah berjaya dinaturalisasikan, lapor akhbar tempatan.
Karlov ditembak sebelum dia menyampaikan ucapan di pameran foto tersebut.
Sumber: sputniknews, RT.com