Kuala Lumpur : Bagi sesetengah lepasan sekolah, kolej atau universiti yang mahu melanjutkan pelajaran, destinasi seterusnya untuk menimba ilmu biasanya menjadi satu keputusan yang sukar.
Lebih teruk, ada juga yang tersalah memilih tempat belajar sehinggakan tersadai ditengah jalan kerana tidak kena dengan minat.
Disebabkan itu, Ekspo Pendidikan Tinggi 2016 diadakan bagi menjawab kesemua persoalan itu seterusnya menyajikan para pengunjung dengan pelbagai pilihan institusi pengajian tinggi supaya mereka mengenal dahulu sebelum mendaftar.
Ekspo Pendidikan Tinggi 2016 akan diadakan pada 10 & 11 Disember 2016 (Sabtu & Ahad) ini di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur (Dewan 1,2 &3, Atrium & Foyer) bermula jam 11 pagi hingga 7 malam di kedua-dua hari tersebut. Masuk adalah percuma.
Menurut penasihat, Datin Jercy Choo, ekspo itu diadakan untuk golongan yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.
“Ekspo ini diadakan khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM dan UEC, ibu bapa, guru, pelajar universiti, golongan bekerja, ahli industri dan orang awam yang mencari peluang pendidikan tinggi.
"Ianya merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh semua yang berminat untuk melanjutkan pengajian pra-ijazah dan pasca ijazah.
"Ekspo ini juga dapat memberikan jawapan kepada semua pertanyaan anda mengenai kolej dan university terbaik, bidang, biasiswa dan peluang kerjaya,” kata beliau.
Di ekspo itu juga, para pengunjung boleh mendapatkan nasihat dari ahli pendidikan dan kaunselor terbaik tentang jenis-jenis khusus dan bidang akademik yang boleh mereka dalami di Malaysia dan juga luar negara.
Para pengunjung juga berpeluang untuk “shop”(needs translation) bagi bidang merangkumi Pengurusan Hotel, Perakaunan, Penerbangan, Juruterbang, Bakeri, Masakan, Kecantikan, Pengajian Perniagaan, Penyiaran, Undang-undang, Sains Tambahan, Pengajian Komunikasi, Kejuruteraan, Multimedia, Sains Komputer dan IT, Perubatan, Farmasi, Pergigian, Pemasaran, Muzik, Pengajian Pelancongan, Pengiklanan, Rekaan Grafik, Seni Bina, Hiasan Dalaman, Kejururawatan, Automotif, Dandanan Rambut, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Krew Kabin, Pilihan Latihan Kemahiran, Kaunseling Aptitud dan Bidang serta banyak lagi di Ekspo ini.
Selain itu, orang awam juga boleh menerokai pelbagai pilihan baharu dalam tawaran pendidikan di Ekspo ini.
Antara highlight dalam Ekspo Pendidikan Tinggi 2016:
Ceramah Kerjaya
Antara acara penting dalam ekspo ini adalah Cermah Kerjaya yang mana akan memberi peluang kepada pengunjung menimba ilmu secara langsung dari pemimpin dan pakar industri yang berpengalaman.
Ceramah ini akan memberikan pandangan jelas terhadap bidang dan kerjaya yang ingin ceburi, di samping menyiap siagakan para pengunjung dengan cabaran yang bakal ditempuhi sepanjang pengajian dan kerjaya.
Untuk maklumat, tempat duduk untuk ceramah ini adalah terhad dan berdasarkan ‘Siapa cepat. Dia dapat’.
Ini adalah intisari bagi program Ceramah Kerjaya Ekspo Pendidikan Tinggi 2016
Untuk maklumat lanjut tentang ekspo ini, sila hubungi 03-61561500 atau layari www.sureworks.info/events.