Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Raja Salman Isytihar Batal Yuran Visa Bagi Haji & Umrah

5 Dis 2016


RIYADH - ARAB SAUDI. - Raja Salman mengisytiharkan pembatalan yuran visa bagi umrah dan haji bermula pada tahun ini.

Perkara itu dibuat susulan protes dari rakyat Mesir dan umat Islam di negara lain berikutan yuran visa itu yang disifatkan mahal.

Perkara itu diumumkan oleh Ahli Jawatankuasa Tinggi untuk Haji dan Umrah, Nasir Toruk, lapor akhbar Alborsa News.

Selain itu, Arab Saudi juga akan memberikan dua visa kepada setiap syarikat berlesan yang bekerja dalam bidang haji dan umrah.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab juga turut menggesa orang Mesir untuk menubuhkan satu badan yang mengawal syarikat-syarikat di sini khusus dalam sektor pelancongan agama.

Bekas Ketua Jawatankuasa Pelancongan Agama, Basel Al-Sisi mengatakan bahawa pembatalan caj ini akan memberikan kesan positif kepada sektor pelancongan agama.

Ia merupakan langkah positif ke arah yang betul,” katanya kepada wartawan.

Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "