Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pesawat Kargo Boeing 727 Aerosucre Terhempas di Columbia

21 Dis 2016


Columbia, 20 Dis - Sebuah pesawat kargo milik syarikat penerbangan Columbia, Aerosucre terhempas hari ini menyebabkan lima maut dan seorang lagi cedera.

Satu video yang tersebar di media sosial memaparkan bagaimana pesawat itu gagal dikawal dengan sempurna dipercayai ketika mahu berlepas.

Video itu dirakam oleh seorang individu bermotor.






Menurut satu kenyataan dari pihak berkuasa penerbangan Columbia, pesawat Boeing 727 dengan nombor penerbangan HK4544 itu terhempas tiga minit selepas berlepas dari lapangan terbang German Olano.

Lima yang maut termasuklah juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera pesawat, penghantar, dan pengendali mesin forklit.

Satu lagi video yang belum disahkan dipercayai memaparkan saat-saat akhir pesawat itu sebelum terhempas.


Sumber: telesurtv
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "