Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pernah Dengar Akan Buff, Atau Penutup Kepala, Jom Kita Lihat Apa Yang Boleh Dilakukan Dengan Buff Ini

21 Dis 2016
No Comment

Jika melakukan sebarang aktiviti, sudah pasti anda amat menitikberatkan keselamatan, ia adalah satu benda yang paling penting, dan perlu diberi penekanan, kerana tidak mahu kecederaan yang serius berlaku kepada diri anda.

Ianya termaktub bagi semua perkara, tidak kiralah anda seorang penggemar aktiviti lasak, bersukan, atau hanya membuat senaman ringan sahaja. Bila sudah berada di luar, anda pasti memerlukan sesuatu, untuk menutup muka, lagi-lagi jika berada di kawasan yang berhabuk, atau berdebu, seperti menggunaka mask.

Selain menggunakan mask, atau penutup muka, anda boleh juga menggunakan buff, yang lebih mudah, dan praktikal, juga serbaguna. Berdasarkan perkongsian saudari Anastasia Azlan, yang juga seorang yang menggemari aktiviti mendaki, saudari Anastasia  kongsikan beberapa kegunaan buff, yang menjadi penutup kepala ini, jom kita tengok, apa yang boleh dibuat dengan buff tersebut.


Tema Buff

Sedikit perkongsian yang tak seberapa daripada orang kecil seperti saya serba sedikit kegunaan Buff, daripada dulu sampai sekarang pegi gunung mana-mana wajib ada buff.

Bukan setakat pakai on trek tapi banyak lagi kegunaan lain.

1. On Trek

Pengalaman masa on trek pakai buff selalu peluh menitik-nitik masuk mata pedih lah jugak kan, lindungi kepala/ubun daripada panas terik/hujan angin sejuk serap ke ubun.

2. Penutup Hidung

- Kadang-kadang, tiba-tiba tengah on trek kawan kita lepaskan angin bertubi tubi attack dekat kita, buff boleh selamatkan nyawa kita dari rasa nak pengsan bau bertubi tubi attack kita tadi. Hahaha. 

- Gunung Berapi, membantu daripada tidak menyedut debu. Lemas memang kene tutup hidung bahaya sulfur gunung berapi.

-
Cuaca Extreme, on trek terlalu sejuk membantu pernafasan yang lebih baik.

3. Tidur Kemsite

- Kejadian Hypothermia semasa tidur kerana terlalu sejuk. Seeloknya menutup kepala/telinga dan leher dengan memakai Buff. Dinasihatkan cari yang kain yang lebih tebal.

-
Bergaduh dengan serangga sang Agas. Dilema pendaki ni bila dapat kemsite yang banyak Agas. Semua nak ditutup nak dijerut. Membantu mengurangkan daripada diserang hendap oleh sang Agas yang sedang mengganas. (p/s: Rajin spare bawak ubat nyamuk sendiri untuk tidur yang lebih nyenyak)

4. Survival

Pengalaman sendiri pernah menggunakan Buff sebagai penapis air akibat kami terputus bekalan air semasa on trek dan terjumpa bekas cerek tembaga. Dalam bekas tersebut ada air dan jentik-jentik. Gunakan Buff untuk menapis air dan masak semula air tadi.

5. First Aid Optinional 

Dan juga pernah menggunakan Buff sebagai First Aid Optional, salah seorang daripada kami di dalam trip mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan dan berdarah. Potong Buff di bahagian tengah yang bersih sebagai support untuk menghentikan pendarahan.


Jika ada penambahan boleh dikongsikan bersama mungkin ada yang saya terlupa atau tak tahu. Mudahan bermanfaat, terima dengan hati yang terbuka.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "