Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengobanan Seorang Bapa, Terpaksa Bercuti Tanpa Gaji Sudah 6 Bulan Demi Jaga Anak Hidap Kanser Tahap 4

15 Dis 2016
No Comment

Seawal usia tiga tahun, Annur Qisya Umaira binti Luqman sudah menanggung derita yang tak terkata sakitnya, mula menghuni wad C3 Hospital Pulau Pinang pada tanggal 12 Jun 2016.

Qisya sebelum itu mengalami simptom demam yang tidak menentu di man ada ketika suhu badannya melonjak tinggi dan kembali normal di keesokan hari.

Beliau juga sering muntah-muntah dan tubuh kecilnya juga kian menyusut di mana simptom ini berlarutan hingga menunjukkan sesuatu yang aneh berlaku di bahagian perutnya yang membesar seperti ibu yang sedang hamil.

Anak kecil ini pernah dibawa ke sebuah hospital pakar swasta namun jawapan yang diterima amat mengecewakan di mana pihak hospital berkenaan tidak mahu menerimanya kerana keadaan Qisya yang sudah kritikal.

Dari hospital swasta Qisya dirujuk ke hospital Pulau Pinang dan apabila ujian demi ujian dijalankan, Qisya disahkan menghidap Kanser Neuroblastoma stage 4.

Pertama kali krew KELSS bertemu dia di wad C3 keaddaannya sungguh meruntun hati, tubuh yang kecil kurus melidi di mana nampak tulang temulangnya, seolah-olah hanya kulit membaluti tulang yang tidak berisi.


Disisinya pula,berdirinya seorang wanita yang sarat mengandung yang penuh kesabaran melayani kerenah si anak yang memprotes.Hebat sungguh ujian buat mereka.

Qisya sudah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi, selain itu anak kecil ini pernah beberapa kali menjadi penghuni PICU di mana ketika ini beliau sedang menunggu keputusan ujian scan untuk melihat samaada ketumbuhan di perutnya boleh dibedah buang atau sebaliknya.


Pada 23 Jan 2017 akan datang,Qisya perlu menghadiri temujanji di hospital Kuala Lumpur bagi menjalani ujian MIBG Scan.

Ayah Qisya pula yang merupakan seorang pengawal keselamatan terpaksa bercuti tanpa gaji sudah enam bulan demi menggalas tanggungjawab menjaga Qisya di mana ibunya pula seorang surirumah baru sahaja habis berpantang dan perlu menguruskan 3 orang anak-anak di rumah.

Mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ni , boleh merujuk maklumat berikut ,

TEL: 0125658572 / 01112568186

AKAUN:

Maybank 157091391639 (Siti Solehah - Ibu)
Maybank 157091087605 (Luqman bin Ishak - Ayah)

Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial - KELSS

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "