Namun begitu, sukar untuk mendapatkan tayar yang berkualiti baik, dengan harga yang mampu milik. Lebih-lebih lagi jika perlu menukar beberapa biji tayar pada satu-satu masa, ini mungkin akan memeningkan kepala sedikit. Hendak menggunakan tayar simpanan, ia bukanlah boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Bila mana hendak menukar yang baharu, risau juga takut-takut nanti tersalah beli tayar, atau tidak pasti untuk membeli tayar baharu atau ‘tayar korek’. Lagi-lagi kalau tidak punya ilmu yang banyak mengenai tayar kereta ini. Disebabkan itu, saudara Wan Maleque kongsikan beberapa maklumat penting mengenai tayar yang anda perlu tahu, sebelum membuat keputusan untuk membeli, jom kita baca perkongsiannya.
Esok nak ke Melaka pulak. Nak tak nak kena tukar jugak tayar ni. So tanyalah pomen tu harga tayar. Yang second tayar korek pun RM80. Yang baharu ada yg RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorang bawa keluar tayar tu, nak tengok. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yang harga RM175.
Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dah mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lagi kene sound lah.
"Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni". Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula-mula dorang bagi RM120. Dok minta kurang sampai dapat RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, tayar korek pun dah RM80. Baik amik yang ni. So dapat lah 4 biji tayar baru dengan harga RM420 rim 15'.
Moral of story?
Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dengan kedai tayar. Dorang akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkan stok dan jual pada harga baru. So, kalau yang nak tukar tayar tu, berhati-hatilah supaya kita tak tertipu.
Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu
Semoga dapat manfaat bersama. Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).
1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh 205/65/R1594H
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam
Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju
180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam
SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YANG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka
Tercatat Di Sisi Tayar. Contoh 0514
Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Tayar baharu yang berusia lebih daripada LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).
Jika anda menukar tayar yang baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.
Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA
SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA
SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.
Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua. - Siakap Keli
Sumber image: amazingify.com