Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Berjalan Tanpa Pakaian di Sekitar Kawasan Sebuah Pasaraya Terkemuka di Kuala Lumpur

9 Dis 2016

Petaling Jaya, 9 Dis: Seorang lelaki yang tidak mengenakan sebarang pakaian dirakam berjalan berhampiran sebuah pasaraya popular di Kuala Lumpur.

Foto yang merakamkan lelaki berkenaan bertelanjang itu dimuat naik di media sosial.

Seorang pengguna twitter memuat naik satu tweet kejadian dengan berkata: "Di sebuah pasaraya, ada seorang lelaki bejalan tanpa pakaian".

Jurucakap pasaraya itu berkata, lelaki berkenaan dilihat di premis tersebut pada jam 4.30 pada Jumaat.

"Pihak keselamatan kami berjaya menahannya serta merta.

"Dia kemudian dibawa ke pejabat kami sebelum diberikan pakaian", katanya kepada The Star.

Tambah jurucakap itu, mereka cuba bertanya alasan lelaki itu bertindak sedemikian namun memberi enggan memberi respon.

"Dia kelihatan seperti tidak stabil dan enggan menjawab soalan"

"Jadi, kami tidak tahu jika dia warga tempatan atau orang asing kerana tidak ada kad pengenalan padanya", tambah jurucakap itu lagi.

Lelaki itu kemudian dieskort keluar dari pasaraya itu dipakaikan pakaian.

Sumber: The Star
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "