Dari segi penyediaan bahan masakan pula, setiap orang mempunyai cara mereka yang tersendiri. Mungkin ada yang suka menyediakan di saat akhir, atau mungkin sahaja ada yang suka menyediakan awal-awal lagi, atau pun, hanya suka memasak, tetapi tidak suka membuat persediaan bahan masakan.
Walaubagaimana pun cara anda, mungkin sedikit kelainan ini, dapat membantu anda menjadi seorang juara di dapur anda. Seperti saudari Asmalini Ashri yang kongsikan tip buat wanita di luar sana, bagaimana anda boleh menjadi Masterchef terpantas. Jom kita tengok sikit, apa yang dikongsikannya.
Hari ni nak share, sambil duk tengok tv boleh kutip tips Free dari Puan Asmalini yg tak seberapa ni, pernah tak kita rasa, oh stressnya bila time nak masak. terus mai awan khayalan yang membayangkan yang kita kena fikir "HARI NI NAK MASAK APA", ibu-ibu selalu pening bab ni. Lagi-lagi bila kita buka je peti.. Haahhh!! ameekk, berselerak dengan bermacam jenis benda.
Dah kerja, balik mesti nak cepat je masakkan, sebab nak main-main dengan anak, tengok kerja sekolah anak and etc. banyak lah kerja ibu-ibu ni kalau nak list.
Dah-dah, satg lepas baca tips ni lap air mata and bina semangat baru ye, kita usahakan untuk pastikan family kita rasai setiap masa air tangan masakan seorang wanita terhebat ye
Kenapa pentingnya pengurusan peti yang bersistematik?
◆Mempercepatkan masa
Bila dah jadi surirumah dan ibu bekerjaya ni memang semua benda kita nak cepat je kan. Lagi-lagi part masak ni. Sebolehnya kita nak hidangkan makanan dengan air tangan kita kan.
Hanya ambil masa sejam je kat dapur dalam satu minggu untuk siapkan semua bekal-bekal ni. Mana lebih jimat, siapkan sepenuhnya atau siapkan semasa nak memulakan memasak? Pilihan ditangan anda
Suami and anak-anak pun happy je bila dapat bawa bekal p kerja and sekolah. Yang mana bahan mentah yang nak masak untuk pagi-pagi tu boleh letak kat bawah siap-siap untuk elak beku. Contoh, cincang siap-siap ayam, udang dan sotong untuk buat nasi goreng dalam satu bekas.
◆Lebih bersemangat nak memasak
Bila dah peti pun bersih, barang pun tersusun and senang nak ambil lagi lah menaikkan semangat kita nak memasak kan. Yang malas masak pun jadi rajin masak sebab jatuh cinta dengan peti sendiri. Haha
◆Tidak membazir dan alert kalau barang dah habis
Membeli ikut keperluan, so takdelah nanti istilah membazir. Tetiba sayur tak boleh guna dah. Layu, busuk and etc. Bila dah susun cantik-cantik macam ni, kita pun senang nak tahu yg mana dah habis. So boleh masuk senarai next pembelian.
Elakkan meletakkan di dalam peti
* Tomato - tekstur dan perisa akan berkurang
* Bawang - isi tidak elok mudah rosak
* Kentang - rasa kurang sedap
* Roti- mudah kering
* Kopi- kurang perisa dan kopi boleh meresap bau yg ada pada peti
* Madu - berketul dan keras
* Sos - sebaiknya simpan di kabinet sebab ketahanannya lebih kurang 3tahun
Nampak tak bertimbunnya stock ni? Agak-agak apa rupa peti kita kalau main sumbat je semua ni.
Jangan main campak je dalam peti aihh ye. Nanti mulalah sayur tu layu ke sudah tak mkn. Hehe. Buat macam ni at least kita tau sayur dah nak habis and lebih terjaga.
Haa. Minggu ni, beli ayam , ketam and ikan. Tips membeli pun kena bijak jugak tau. Jangan main sambar je semua benda. Beli ikut apa yg kita target nak masak dalam minggu tu. So, ibu-ibu takdelah pening lagi nak pikir tiap hari nak masak apa kan.
Beli ikut keperluan, bukan kehendak. Elakkan pembaziran ye.
Cuci ke semua bahan mentah ni siap-siap potong terus. Kalau yang perlu dicincang halus ayam tu cincang siap-siap. Yela selalu untuk breakfast pagi kita nak cepatkn. So setelkan terus.
Letak sayur yang siap dipotong tu dalam bekas and bahan mentah pun letak dalam bekas siap-siap ye.
Bawang besar and lada kering terus kisar. Sebab ikut menu minggu ni, memang perlukan kedua-duanya. So kisar siap siap sonang koje den main campak je masak nanti. Hehe.
Best tak nampak tersusun mcm ni?
Mesti mood nak masak down kan
Lepas ni takde dah nak marah suami kalau tersalah ambil sawi dan lobak merah. Hehe. Sebab senang sangat dah nk cari.
Rasa-rasa berapa minit ambil masa nak masak ye kalau dah siap potong, cuci macam ni. Hehehe.
Harap tips ni boleh membantu ibu-ibu untuk lebih pantas didapur ye. Boleh LIKE , KOMEN & SHARE untuk manfaat kepada yg lain juga – Siakap Keli
BACA: Keluarkannya Sekarang, 12 Makanan Ini Tidak Sepatutnya Berada Di Dalam Peti Sejuk Anda