Namun begitu, admin yakin, ramai di antara kita mempunyai kesukaran untuk membuat simpanan, apatah lagi jika terlalu banyak bil atau pembiayaan lain yang perlu dilangsaikan. Ia sedikit sebanyak mengganggu proses untuk mula menyimpan, dan akan tertangguh dari hari ke hari.
Tetapi, sampai bilakah kita mahu terus memberi alasan untuk mula menyimpan, mungkin sudah tiba masanya buat kita untuk mengorak langkah ke fasa kehidupan yang baharu. Untuk memudahkan lagi proses membuat simpanan, saudari Syafieqah A’lya kongsikan beberapa cara yang anda boleh ikuti, dalam mencapai simpanan sebanyak RM30 ribu dalam masa 3 tahun, jom kita tengok bagaimana caranya.
1. Simpan konsisten RM750 sebulan dalam ASB buku biru
• selama tempoh 3 tahun @ 36 bulan
• purata dividen 7.25% setahun
• biarkan dividen compounding/ beranak dalam akaun
Hasilnya RM30,131 ✔️
2. Simpan konsisten RM773 sebulan dalam Tabung Haji
Hasilnya RM30,131 ✔️
• selama tempoh 3 tahun @ 36 bulan
• purata dividen 5% setahun
• biarkan dividen compounding/ beranak dalam akaun
Hasilnya RM30,028 ✔️
3. Simpan konsisten RM825 sebulan dalam bank
Hasilnya RM30,028 ✔️
3. Simpan konsisten RM825 sebulan dalam bank
• selama tempoh 3 tahun @ 36 bulan
• purata bonus 1% setahun
• biarkan bonus compounding/ beranak dalam akaun
Hasilnya RM30,160 ✔️
4. Melabur dalam Pembiayaan ASB/ ASB Loan RM110K
Hasilnya RM30,160 ✔️
• bayaran bulanan RM604 tanpa takaful
• selama tempoh 3 tahun @ 36 bulan
• purata dividen 7.25% setahun
• profit bank 5.2%
• biarkan dividen compounding/ beranak dalam akaun
Hasilnya :
Hasilnya :
Dividen terkumpul : RM25,701
Baki prinsipal : RM4,951
Jumlah : RM30,652 ✔️
Anda punya jalan yang lebih baik? Lakukan lah. Sebelum kita berimpian nak beli rumah, nak travel over the sea, nak pergi buat umrah, nak kahwin atau nak beli kereta baru pasang turbo sekali pun segalanya bermula dengan SIMPANLAH
Tiada apa yang mustahil, jika kita mahu, kita pasti usaha sampai boleh in shaa Allah
- Siakap Keli
BACA: Korbankan Kehendak Berkereta, Anda Mampu Mempunyai Simpanan Mencecah RM55K Dalam 3 Tahun