Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dihina "Hanya Melihat Sampah" Kerana Pandang Emas, Tindakan Netizen Bantu Tukang Sapu Ini Buat Orang Ramai Terharu

6 Dis 2016
No Comment

Sekeping gambar seorang tukang cuci yang memandang emas bernilai ribuan Riyal daripada luar sebuah kedai di ibu negara Arab Saudi, Riyadh telah menjadi viral di laman sosial di negara berkenaan.

Seorang pengguna media sosial dikatakan telah mengejek dan menghina gamabr lelaki tersebut di laman Twitternya, katanya terhadap gambar itu "Dia melihat seolah-olah dia melihat sampah,".

Tweet berkenaan telah membuatkan ramai netizen berang di mana mereka menganggap ia sebagai tindakan kurang adab.

Daripada komen itu membuatkan seoang pengguna Twitter yang menggunakan nama Abdullah al Qahtani, pemilik akaun Twitter Ensaniyat (kemanusiaan), melancarkan kempen menyokong tukang cuci berkenaan di mana mereka telah cuba menjejaki lelaki itu.

Tweet beliau mendapat sambutan ramai, ia telah dikongsi lebih 6,500 kali dan mereka akhirnya berjaya menjejaki lelaki tukang cuci berkenaan yang melihat emas dari tingkap dan dihina sebelum ini.

Nazer warga Bangladesh yang bekerja di Riyadh yang berpendapatan 700 riyal itu berkata, dia tidak menyedari gambarnya merenung barang kemas itu dirakam oleh seseorang dan diviralkan.

"Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai tukang cuci di bandar ini dan ternampak sebuah kedai barang kemas, lalu melihatnya saja-saja. Saya amat gembira dengan hadiah yang diberi ini dan amat berterima kasih," katanya kepada CNN.

Selepas beliau berjaya dijejaki, warga Arab Saudi dikatakan tidak putus-putus menghantar brang kepadanya di mana ada yang memberikan beras, madu, tiket penerbangan pulang ke negara asalnya dan malahan dia turut memperoleh dua unit telefon canggih iaitu iPhone 7 dan Samsung Galaxy.

Selain itu, netizen terus menyatakan ikrar mereka akan terus membantunya dengan menghantar barang di mana terbaru seorang lelaki mahu menyerahkan wang tunai sebanyak 2000 Riyal(RM2404) kepada Nazer. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "