Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bola Lencong Magis: TMJ Hadiahkan RM 15,000 Untuk Faiz Subri

6 Dis 2016

PENAUNG Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menghadiahkan kurniaan ganjaran sebanyak RM15,000 buat pemain bola sepak, Mohd Faiz Subri keatas kejayaannya berada dalam kelompok tiga terbaik Anugerah Puskas FIFA 2016.

Menurut TMJ, kurniaan ini diberikan sebagai penghargaan atas kejayaan Faiz mengharumkan nama negara.

"Namun ia tidak ada ada sebarang kaitan berkenaan spekulasi beliau akan menyertai JDT untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan. Selamat maju jaya diucapkan buat Faiz Subri!," katanya menerusi satu kenyataan yang dipaparkan di laman sosial Johor Southern Tigers hari ini.

Pemain berusia 29 tahun yang berasal dari Air Hitam, Kedah itu dijangka akan menghadiri majlis Anugerah  Puskas Fifa di Zurich pada 9 Januari tahun depan.

Sumber: FB Johor Southern Tigr
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "