Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ajal Ketika Menari Hipster

5 Dis 2016

OAKLAND – Hampir 40 dikhuatiri maut dalam satu kebakaran besar semasa satu parti tarian hipster di sebuah gudang dekat San Franciso, kata pihak berkuasa kelmarin.

Dianggarkan 50 ke 100 orang menyertai pesta yang diadakan di sebuah gudang yang dikenali sebagai Kapal Hantu Oakland itu.

Beberapa pegawai ber­kata, parti itu tidak sepatutnya diadakan di gudang tersebut di Oakland, Amerika Syarikat (AS).

Ini kerana, kata mereka, bangunan itu tiada sijil layak menduduki walaupun menjadi tempat tinggal dan bekerja sekumpulan artis seni.

Tambahan pula, premis itu juga tidak mempunyai sensor pengesan asap dan sistem pancuran air.

Setakat hari ini, sebanyak 24 mayat sudah ditemui dan dijangkakan angka itu akan bertambah.

Seorang anggota polis, Sarjan Ray Kelly berkata, kira-kira 24 orang yang dilaporkan hilang dalam kebakaran itu telah ditemui.

Kami tidak pasti berapa ramai mangsa yang mati di dalam bangunan ini,” tambahnya.

Ketua Jabatan Bomba Oakland, Teresa Deloach pula memberitahu, keba­nyakan mereka yang maut dalam kebakaran sekitar pukul 11.30 malam (waktu tempatan), Jumaat lalu itu dipercayai menemui ajal di tingkat atas bangunan dua tingkat tersebut.

Bumbung dan sebilangan bilik haram yang dibina di dalam gudang itu runtuh dalam kebakaran tersebut

Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan.

Kebakaran itu disifatkan bencana paling dahsyat di Oakland sejak gempa bumi Loma Prieta di utara California membunuh 63 orang pada 1989. – AFP

Sumber: Kosmo!MercuryNews

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "