Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7 Senaman Ringkas Ini Mampu Melegakan Sakit Tulang Belakang Yang Dialami Anda

8 Dis 2016
No Comment

Dalam melakukan kerja harian, anda sudah semestinya akan membuat dengan bersungguh-sungguh dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang dilakukan. Ianya termasuk jugalah dalam menyiapkan kertas kerja, yang memakan masa lama menghadap komputer, atau kerja rumah yang perlu dilakukan, seperti mengemas, juga menyapu.

Dengan aktiviti sebegitu, yang dilakukan berulang kali, anda akan mula merasakan sengal-sengal badan, atau sakit otot. Bukan itu sahaja, anda akan turut merasakan sakit pada bahagian tulang belakang akibat dari duduk terlalu lama, atau membuat kerja berat.

Untuk memastikan anda kembali seperti biasa, Bright Side kongsikan 7 senaman ringkas yang boleh dilakukan dalam melegakan sakit tulang belakang. Ia boleh sahaja dilakukan ketika anda berada di rumah, mahu pun ketika di pejabat. Jom kita lihat, apakah senaman yang perlu dilakukan.


Sakit tulang belakang bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah. Tidak kiralah seseorang itu mempunyai gaya hidup yang aktif, atau malas, setiap dari kita akan mempunyai risiko kerosakan tulang belakang ketika melakukan aktiviti harian.

Bagaimanapun, anda boleh dikatakan sangat bernasib baik, kerana terdapat senaman mudah, tetapi dijamin berkesan untuk membantu menghilangkan sakit tulang belakang yang dialami anda.


Senaman 1

Dalam keadaan sedang berbaring, bengkokkan kaki kanan anda pada bahagian lutut. Regangkan kaki kiri di atas kepala, serta pegang kaki kiri anda di bahagain bawah lutut, dan perlahan-lahan tarik ke arah anda. Kekalkan posisi ini selama 30 saat. Ulangi senaman ini dua kali bagi setiap kaki.


Senaman 2

Dalam keadaan baring, bengkokkan kedua-dua belah kaki anda, pada bahagian lutut. Pegang kaki kiri anda di bahagian lutut dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, dan tarik ke arah badan anda. Bertahan dengan posisi ini selama 20 saat. Ulangi senaman ini sebanyak dua kali, untuk kedua-dua kaki.


Senaman 3

Dalam posisi sedang baring, hulurkan tangan kanan anda ke arah luar sebelah kanan, regangkan juga kaki kiri anda supaya dalam keadaan lurus. Cuba untuk untuk angkat kaki kanan anda melepasi kaki kiri, sehingga ia menyentuh tangan kiri anda. Kekalkan posisi ini selama 20 saat, dan ulanginya sebanyak dua kali, untuk kedua-dua lutut.


Senaman 4

Dalam posisi sedang berbaring, bengkokkan kaki kiri anda pada bahagian lutut. Letakkan kaki kanan anda di atas peha kiri anda, dengan lutut pada posisi yang betul. Dengan berhati-hati, anda perlu menarik kaki kiri anda, secara perlahan-lahan ke arah kepala anda, dan kekalkan posisi ini selama 30 saat. Lakukan langkah yang sama pada kedua-dua kaki anda.


Senaman 5

Seperti dalam posisi gambar di atas, cuba bertahan pada lutut kaki kiri anda, dan keluarkan kaki kanan anda ke belakang. Kaki kiri anda perlu dibengkokkan pada bahagian lutut. Kekalkan pada posisi ini selama 30 saat, ulangi senaman ini dengan kaki yang lain pula.


Senaman 6

Baring secara mengiring mengahdap ke sebelah kanan. Bengkokkan kaki kiri anda, dan pegang pada bahagian buku lali dengan tangan kiri anda. Secara berhati-hati tarik buku lali anda. Senaman ini akan meregangkan otot paha kiri anda. Tulang belakang anda pula, tidak seharusnya bengkok, dan cuba untuk berada dalam keadaan lurus. Kekalkan posisi ini selama 30 saat. Kemudian, ulangi langkah yang sama untuk kaki kanan anda.


Senaman 7

Berdiri dengan menghadap meja, pada jarak satu tangan. Bengkokkan badan anda ke hadapan sehingga kedua-dua tangan anda menyentuh hujung meja. Tangan anda seharusnya berada dalam keadaan lurus, selari dengan ketinggian bahu anda. Bertahan dengan posisi ini selama 10 saat. Kemudian berdiri tegak, dan bengkokkan badan anda ke kiri dan kanan.

Moga-moga dengan melakukan ketujuh-tujuh senaman ini, anda akan kembali cergas semula. – Siakap Keli


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "