Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Permainan Hebat Ini Anda Harus Cuba Jika Pergi Ke Universal Studio Singapore

21 Dis 2016
No Comment

Taman tema sememangnya satu tempat yang penuh dengan daya tarikan yang mempersonakan dengan pelbagai tempat yang boleh dilawati, juga permainan yang cukup mendebarkan dan menyeronokkan. Ia boleh dikatakan sebagai alam yang memberikan kepuasan serta kegembiraan buat kanak-kanak, juga ibu bapa yang ingin meluangkan masa seisi keluarga.

Begitu juga dengan salah satu taman tema yang popular dan ternama, iaitu Universal Studio. Dengan keunikan, dan kelainan dari segi permainan serta tarikan yang diadaptasi dari watak-watak filem, ia sudah pasti memberikan keterujaan yang luar biasa.

Tapi, bila difikirkan, di Universal Studio, sudah pasti terdapat terlalu banyak permainan, juga tarikan yang ingin dilawati, dan tidak mungkin dapat memasuki ke semua tempat tersebut. Bagi memberi anda gambaran, akan permainan apa yang anda perlu rasai ketika berada di Universal Studio, khususnya Universal Studio Singapore (USS), laman Oh Jalan kongsikan 5 permainan hebat yang perlu dicuba jika pergi ke USS. Jom kita usha sikit.


5 PERMAINAN HEBAT DI UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)

Sebut sahaja Universal Studio Singapore (USS) pasti fikiran akan terfikirkan permainan yang boleh menggugurkan jantung serta mengecutkan otot-otot perut. Mungkin ramai yang masih belum merasai sendiri bermain permainan di Universal Studio Singapore (USS). Di bawah saya kongsikan 5 permainan yang wajib anda cuba ketika menjejakkan kaki ke dalam USS.


1. TRANSFORMER

Tidak dinafikan sejak dibuka pada Disember 2011 yang lepas,permainan animasi Transformer ini terus menjadi hambatan pertama pengunjung. Walaupun beratur agak lama, tapi permainan ini hanya berlangsung selama lima (5) minit, dan 9 dari 10 orang akan mengatakan ia adalah permainan 4D yang terhebat di abad ini. Penantian menunggu giliran adalah sangat berbaloi-baloi.


2. CYLON & BATTLESTAR GALACTICA

Melihat trek ‘roller-coaster’ yang bergulung-gulung ini sudah cukup mengecutkan perut. Walaupun ia amat mengerikan namun ia adalah salah satu permainan kegilaan bagi mereka yang sukakan cabaran dan kelainan.


3. FAR FAR AWAY

Permainan tayangan animasi ini mempunyai kelas yang tersendiri. Ia juga adalah amat sesuai untuk si kecil. Ia tidak jauh beza dengan Transformer cuma ia lebih santai dan rilex. Sedikit aksi cemas dan lucu yang membuatkan pengunjung tidak henti-henti tertawa dengan gelagat pelakon yang terdapat dalam penceritaan ini. Percikan air bersin si “Donkey’ dan Labah-labah naik ke kaki pasti akan anda ingati. Hear & feel the action!


4. ANCIENT EGYPT

Permainan ini akan membawa anda semula ke dunia tamadun awal mesir. Jika hendak disimpulkan permainan ini adalah seperti permainan ‘rollercoaster’ yang membezakannya adalah anda bermain ‘roller coaster’ di dalam gelap. Ada babak yang agak tidak dapat kita jangka berlaku sewaktu ‘rollercoaster’ ini bergerak. Itu yang membuatkan ia benar-benar suspend.


5. THE LOST WORLD

Satu-satunya permainan yang akan membuatkan pengunjung akan basah kuyup walaupun memakai pakaian kedua (baju hujan). Permainan hebat ini berasaskan air dan anda akan dibawa masuk ke terowong-terowong gelap dan curam yang membuatkan perut sedikit kecut. Pengunjung yang melihat anda akan dibenarkan menembak anda yang berada di dalam mini boat tersebut.

Selepas ini jika merancang ke Universal Studio Singapore, anda bolehlah melawati tempat-tempat ini, dan merasai sendiri permainan yang disediakan. Moga percutian anda lebih menyeronokkan dan mudah dengan adanya perkongsian ini. - Siakap Keli

BACA: Ingin Ke Hong Kong, Tetapi Tidak Tahu Tempat Menarik Di Sana, Ikuti 'Itinerary' Ringkas Dari Pemuda Ini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "