Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Kos Ini Yang Anda Perlu Ambil Tahu Sebelum Membuat Keputusan Untuk Membeli Rumah

25 Dis 2016
2 ulasan

Membuat perkiraan yang betul mengenai berapa banyak kos yang diperlukan dalam membeli rumah sememangnya perlu diketahui oleh semua orang. Ianya untuk memastikan anda dapat menyediakan jumlah yang cukup, sebelum membuat keputusan membeli rumah.

Namun begitu, tidak semua orang tahu bagaimana untuk membuat kira-kira, atau aspek mana yang memerlukan penggunaan duit yang tinggi, sama ada bayaran deposit, atau peguam. Anda mesti mahu memastikan kos yang perlu dikeluarkan adalah cukup, dan membolehkan anda untuk menyelesaikan urusan jual beli rumah dengan lancar.

Berdasarkan perkongsian daripada laman, Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), terdapat 5 aspek yang perlu diambil kira, dalam mengeluarkan kos membeli rumah. Jom kita lihat perkiraan yang yang dikongsikan.


Kos Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah

1. Deposit

a. Kebiasaannya anda perlu menyediakan 10% daripada harga jualan.

b. Kerana margin pinjaman hanya 90% daripada harga jualan atau nilai semasa (pilih mana lebih rendah antara keduanya)

Contoh : 

Harga jualan RM250k

Deposit 10% = RM25k


c. Bagi kes bank yang memberi pakej 100% pinjaman, secara kasarnya deposit tidak perlu dikeluarkan

d. Jika anda masih mengeluarkan deposit, anda akan dapat semula wang anda apabila proses jual beli telah selesai.

2. Bayaran Undang-Undang dan Duti Setem

Contoh:

Harga jualan RM250k

RM150k pertama: RM150k X 1.0% = RM1500

RM100k seterusnya: RM100k X 0.7% = RM700

Total: RM1500 + RM700 = RM2200

* Perlu diingat terdapat kos lain yang akan peguam sertakan dalam sebut harga (quotation), seperti kaveat, pendaftaran pejabat tanah, pengangkutan, faks, telefon, fotostat, pencarian tanah, dan lain-lain

Contoh:

Harga jualan RM250k

RM100k pertama:
RM100k X 1.0% = RM1000

RM150k seterusnya: RM150k X 2% = RM3000

Total: RM1000 + RM3000 = RM4000

* Untuk pembelian rumah pertama, anda layak untuk mendapatkan diskaun stamp duty sebanyak 50%

* Info dari: eLawyer.com.my


3. Pinjaman Guaman dan Duti Setem

Untuk contoh pengiraan, anda boleh terus layari laman web: lowpartners.com

* Pinjaman guaman dan duti setem biasanya termasuk sekali dalam pakej yang diberi oleh pihak bank

4. Yuran Penilaian
Contoh:

Harga jualan RM250k

RM100k pertama: RM100k X 0.25% = RM250

RM150k seterusnya: RM150k X 0.2% = RM300

Jumlah Keseluruhan: RM250 + RM300 = RM500

* Perlu diingat, terdapat kos pembayaran yang akan penilai sertakan dalam sebut harga (quotation)

* Yuran penilaian biasanya termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank

* Info dari: Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartatanah Malaysia


5. Insurans Perumahan

Insurans biasanya termasuk sekali dalam pekej pinjaman yang diberi oleh pihak bank


Secara kesimpulannya

a. Bolehlah dirumuskan bahawa deposit tunai dan bayaran undang-undang adalah kos paling utama yang anda perlu beri perhatian

b. Bayaran undang-undang, yuran penilaian dan insurans kebiasaannya termasuk dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank

c. Jalan paling selamat adalah anda menyediakan duit tunai 13% hingga 15% daripada harga jualan

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "