Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Beradik Belum Tahu Ibu Dan Bapa Mereka Sudah Meninggal

20 Dis 2016
No Comment


Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan kejadian kemalangan yang melibatkan 7 sekeluarga di mana dalam kemalangan itu telah mengorbankan 2 orang iaitu Mohd. Padzil Rashid, 50, dan Masmiwaza Mohd. Noor, 42, di Jalan Alor Punti, Pendang

Memetik laporan Utusan Malaysia, kelima-lima anak kepada pasangan guru yang maut dalam kemalangan ini masih belum mengetahui ibu bapa mereka telah meninggal dunia.

Ini kerana emosi kelima-lima mereka Maisarah Mohd. Padzil, 14; Masyitah, 12; dan Munirah, 7, kini sudah ditempatkan di wad biasa manakala kembar Muhammad Akmal dan Muhammad Asyraf, 11, masing-masing dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan wad pergantungan tinggi (HDW) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) belum stabil dan masih trauma.

BACA: Suami Isteri Terkorban Nahas MPV Bertembung Treler, 5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Menurut ibu saudara mereka, Mazrinawati Mohd. Noor, 37, berkata, ketika ini mereka sekeluarga terpaksa merahsiakan tentang kematian abang dan kakak iparnya itu daripada pengetahuan adik-beradik tersebut sehingga keadaan mereka menjadi lebih stabil.

“Kami tak tahu macam mana nak beritahu mereka (kematian ibu bapa) ditambah pula masing-masing masih sakit kerana me­ngalami kecederaan selain nampak masih trauma dengan kemalangan pada malam tersebut.

“Kesemua anak saudara saya ada bertanya tentang ibu mereka sebaik sahaja sedar, namun kami (ahli keluarga) terpaksa menukar topik perbualan kerana tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Terutama sekali anak bongsu kakak saya, Munirah yang kerap menangis meminta ibunya datang­ selain tidak mahu makan serta enggan berjumpa dengan orang yang tidak dikenalinya,” katanya - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "