Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Wanita ini Cipta Sejarah Selepas Muncul Penyampai Berita Berhijab Pertama di Kanada

28 Nov 2016

TORONTO - KANADA. Seorang wanita yang juga bekas wartawan melakar sejarah di negara ini apabila menjadi penyampai berita berhijab pertama di negara tersebut.

Ginella Massa, 29, membuat penampilan sulungnya dengan memakai tudung di dalam siaran CityNews pada minggu lepas.

"Sudah selesai! Malam ini bukan sahaja penting buat saya sahaja. Saya rasa belum pernah ada wanita bertudung menyampaikan berita di Kanda", katanya.

Ginella juga melakar sejarah sebelum ini apabila tampil melaporkan berita di lokasi sambil memakai tudung di Ontario pada 2015.

"Editor saya sendiri berkata: 'Ianya bagus! ini kali pertama di Kanada bagi wanita bertudung?', saya jawab ya.

"Saya juga tak menyangka reaksi yang saya bakal terima. Telefon saya tidak berhenti berdering sejak minggu lepas!" kata Ginella kegembiraan.



Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Boleh dijadikan inspirasi kepada wanita berhijab di Kanada. Jangan rasa rendah diri dengan berhijab walaupun di mana2

    http://www.fatindays.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "