TORONTO - KANADA. Seorang wanita yang juga bekas wartawan melakar sejarah di negara ini apabila menjadi penyampai berita berhijab pertama di negara tersebut.
Ginella Massa, 29, membuat penampilan sulungnya dengan memakai tudung di dalam siaran CityNews pada minggu lepas.
"Sudah selesai! Malam ini bukan sahaja penting buat saya sahaja. Saya rasa belum pernah ada wanita bertudung menyampaikan berita di Kanda", katanya.
Ginella juga melakar sejarah sebelum ini apabila tampil melaporkan berita di lokasi sambil memakai tudung di Ontario pada 2015.
"Editor saya sendiri berkata: 'Ianya bagus! ini kali pertama di Kanada bagi wanita bertudung?', saya jawab ya.
"Saya juga tak menyangka reaksi yang saya bakal terima. Telefon saya tidak berhenti berdering sejak minggu lepas!" kata Ginella kegembiraan.
Sumber: Sinar Online
Boleh dijadikan inspirasi kepada wanita berhijab di Kanada. Jangan rasa rendah diri dengan berhijab walaupun di mana2
BalasPadamhttp://www.fatindays.com