Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Video Parodi' Aksi Baju Merah': 'Senjata Tidak Membunuh Manusia, Manusia Yang Saling Membunuh' - TMJ

6 Nov 2016


Johor, 6 Nov - Laman Facebook Johor Southern Tiger hari ini memuat naik satu video parodi 'aksi baju merah' yang dilakonkan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bersama beberapa individu lain.

Di kapsyen video tersebut TMJ menjelaskan dia tidak berpihak kepada mana-mana pihak (merah atau kuning) tetapi baginda menegaskan bahawa keganasan dan kebencian bukanlah cara untuk bergerak ke hadapan.

"Saya tidak berpihak kepada baju merah atau baju kuning. Saya berada bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan. Kerana perpaduan adalah 'formula' untuk negara ini bergerak ke hadapan, bukan keganasan dan kebencian.

"Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang.", tulis kapsyen tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "