Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guna Minyak Masak Berulang Tingkatkan Risiko Sakit Jantung - Pakar

6 Nov 2016


KUALA LUMPUR 6 Nov – Biarpun berhadapan dengan kesukaran bagi mendapatkan bekalan minyak masak ketika ini, pengguna diingatkan supaya tidak menggunakan minyak masak berulang kali kerana ia boleh meningkatkan risiko sakit jantung.

Menurut pensyarah Program Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr. Ruzita Abd Talib berkata minyak masak tidak sepatutnya digunakan untuk menggoreng lebih dari sekali.

Beliau berkata minyak masak akan bertukar menjadi lemak tepu apabila digunakan berulang kali yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan terutama menyebabkan saluran darah menjadi sempit.

Apabila saluran darah ter­­­­sumbat, maka besar ke­­mungkinan seseorang in­di­vidu itu akan menghadapi se­­­ra­ngan jantung, lebih-lebih lagi kepada mereka yang jarang melakukan aktiviti fizikal.

Oleh yang demikian, orang ramai digesa untuk menggunakan minyak da­lam kuantiti yang sedikit, dan seelok-eloknya dengan menukar kaedah masakan daripada menggoreng ke­pa­da kukus dan panggang yang dilihat lebih menyihatkan,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Sukan, Universiti Malaya (UM), Dr. Sareena Hanim Hamzah berkata, penggunaan minyak lebih dari sekali untuk menggoreng akan menjejaskan kualiti minyak masak.

Orang ramai dinasi­hat­kan menukar cara memasak dengan segera, selain bagus untuk kesihatan, langkah itu juga mampu mengelakkan daripada diserang sebarang penyakit kronik yang ber­pun­ca daripada makanan ber­minyak.

Kaedah tersebut me­mang sedia ada dalam pan­duan pemakanan yang sihat dan mungkin inilah masa untuk kita mengamalkan pe­­makanan yang sihat,” jelasnya.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "