Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tip Bagaimana Untuk Meminimumkan Penggunaan Beg Pakaian Sewaktu Bercuti

29 Nov 2016
No Comment

Setiap kali ingin merancang percutian, anda pasti akan membuat kira-kira, mengenai barang yang perlu dibawa bersama, ianya bagi memastikan segala kelengkapan cukup sehingga hari terakhir percutian. Dalam pada itu juga, anda akan meminta setiap seorang dari keluarga, sama ada anak, suami atau isteri, untuk membawa beg pakaian mereka sendiri.

Namun begitu, jika terlalu banyak beg pakaian yang perlu dibawa, ia pasti akan memakan ruang yang banyak, sama ada di dalam kereta, atau terpaksa mengeluarkan kos untuk beg pakaian di dalam penerbangan. Ia sedikit sebanyak membuatkan anda rungsing, bagaimana untuk mengurangkan penggunaan beg pakaian sebaik mungkin.

Mungkin terdapat cara yang boleh dilakukan untuk menangani permasalahan ini? Ya, anda boleh lakukan dengan cara yang dikongsikan oleh saudari Lyna Noh ini, mengenai light packing. Jom kita lihat, bagaimana caranya.


TIPS LIGHT PACKING
Bagaimana nak pack satu beg untuk satu family (1 ayah, 1 ibu, 3 boys, 1 baby girl = 6 orang).
Ini beg hardcase 82L. Kalau backpack? Kitorang guna 65L & 20L.

Isi:-

* Baju 4 pasang :- 2 baju siang full, 1 convertible, 1 malam full
* Supplements incldg Perf Drink & ESP, shaker
* Sport shoes
* Peralatan solat (kat bilik senang pakai telekung)
* Water Pitcher (penapis air mudahalih)
* Toileteries
* Alatan mencuci
* Keperluan baby
* Adapter, extension, kabel
* Mini first aid kit
* Makanan emergency yg boleh selit
* Foldable bag

Satu beg ni untuk berapa lama?

Lagi lama lagi saya suka sebab sempat cuci. Kalau yang 3-4 hari tu yang aduhai.. Kena juga sehari satu pasang.

Pegi mana2 boleh apply ke?

* Depends. Kalau musim sejuk mau ada satu beg lagi untuk isi segala macam winter attire. 6 orang nih!

Makanan bawa tak?

* Boleh selit2 kat celah2 ruang yang ada.

Extra bag kena bawa tak?

* Better bawa. Kami selalu bawa foldable beg, tak guna boleh lipat dan selit.

Perlu ke light packing? Apa salahnya satu beg sorang atau 2 beg sorang?

* Depends. Kitorang dgn one-lady-show tak koser nak kemas banyak2 beg. Lagipun banyak self-drive, bawa beg banyak2 nanti tak muat bonet pulak.


Mungkin tip yang dikongsikan tertakluk pada individu, jika anda rasakan anda boleh mengikut cara yang sama, sudah pasti ini akan banyak membantu anda. Kalau anda rasakan satu beg terlalu kecil, anda boleh sahaja menambah satu lagi beg tambahan. – Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "