Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ramai Orang Berniaga Gagal Kerana Tiada Ilmu, Bagaimana Hendak Cari Ilmu Berniaga Berkesan? Jom Ikut Kami

29 Nov 2016
No Comment

Ramai kita diluar sana sebenarnya berkeinginan untuk berniaga, tetapi ramai yang takut untuk mengorak langkah kerana risau akan risikonya.

Ada yang mempunyai modal, mencuba tetapi mengalami kerugian, ada yang sudah beroperasi sudah bertahun-tahun tapi seolah-olah "hidup segan mati tak mahu" kenapa semua ini terjadi?

BACA: "Tak Sampai 3 Tahun Buka Kedai Makan Dah Nak Tutup?", Ketahui 7 Sebab Ini Mengapa Ianya Boleh Terjadi

Untuk memulakan perniagaan, seseorang perlulah mempunyai sedikit ilmu berniaga seperti pengurusan kewangan, pengiklanan dan pelbagai lagi.

Tapi di mana hendak dari ilmu sebegini?

Anda boleh dapatkan ilmu ini daripada mereka yang sudah berjaya, tapi kalau segan anda boleh berjumpa sendiri dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) untuk khidmat nasihat tentang dunia perniagaan.

Oleh itu, kepada orang ramai yang meminati dan sukakan ilmu perniagaan bolehlah hadir beramai-ramai ke Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) SSM  yang bakal berlangsung di Medan MARA Kuala Lumpur pada 2 hingga 4 Disember ini.


Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) SSM ini akan menampilkan artis-artis terkenal tanah air yang juga seorang usahawan seperti Janna Nick, Fatah Amin, Elfira Loy dan Fizo Omar untuk berkongsikan pengalaman mereka dengan orang ramai.


Aktiviti pada Karnival ONE SSM PLUS di Medan Mara:

1. Forum Keusahawanan “Be The One”

2. Sesi perkongsian ilmu oleh ikon usahawan selebriti online

3. Taklimat pendaftaran dan pinjaman perniagaan

4. Pameran oleh peniaga dan usahawan terpilih

5. Penampilan khas selebriti pada hari Ahad, 4 Disember bermula jam 2ptg

6. Kuiz dan paling best ada peraduan istimewa yang menjanjikan menang hadiah yang menarik


Pastikan anda menyertai Karnival SSM-One di siri jelajah mereka yang akan datang dan mendaftar sebagai ahli SSM-ONE dan menikmati faedah berikut:

1. Menerima jemputan khas kepada program-program yang dianjurkan oleh SSM

2. Dapatkan tawaran istimewa dari SSM dan agensi-agensi yang berkaitan dan syarikat.

3. Diskaun untuk gerai jualan untuk karnival ONE SSM yang akan dianjurkan di seluruh negara.

4. Dapatkan iklan percuma di media cetak dan elektronik dengan rakan strategik SSM

5. Keahlian percuma untuk Friends of KPDNKK, dan mendapatkan Kad Skuad Pengguna untuk diskaun di kedai-kedai terpilih di seluruh negara

6. Percuma t-shirt eksklusif ONE SSM (terhad)

7. Faedah lain yang akan ditawarkan dari semasa ke semasa


Objektif utama program-ONE SSM adalah untuk:

a) Untuk memberi maklumat kepada usahawan tentang kepentingan mendaftar dan menubuhkan syarikat-syarikat;

b) Meningkatkan pendaftaran perniagaan dan penubuhan syarikat;

c) Menggalakkan orang yang terlibat dalam perniagaan / keusahawanan; dan

d) Peningkatan pertumbuhan ekonomi.


USAHAWAN WAJIB MENDAFTARKAN PERNIAGAAN.

Kenali SSM, sama ada anda sedang menjalankan perniagaan dalam “online” atau merupakan pelanggan kepada perniagaan “online”.

SSM merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. SSM berfungsi sebagai pendaftar dan pengawal selia korporat di Malaysia untuk memastikan bahawa peruntukan-peruntukan Akta dan undang-undang dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi.

BACA: Bagaimana Caranya Untuk Memastikan Perniagaan Makanan Di Jalanan Membangun Dengan Baik, Usahawan Ini Ada Tip Yang Boleh Dipraktikkan

Menurut Seksyen 2, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956), usahawan adalah WAJIB mendaftarkan mana-mana perniagaan mereka dalam bentuk tred, perdagangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.

Jadi, jika anda merancang untuk menjadi seorang usahawan dalam talian, ingat - sebuah entiti perniagaan tidak dianggap sah secara undang-undang jika ia tidak berdaftar dengan SSM.

Entiti perniagaan akan didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965. Peniaga yang bertanggungjawab atas perniagaan perlu mendaftar dengan SSM dalam tempoh 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan dengan melengkapkan Borang A.

Ia hanya mengambil masa satu jam untuk mendaftar perniagaan anda!

Untuk maklumat lanjut sila layari www.onessm.my atau laman Facebook Suruhanjaya Syarikat Malaysia. IG Rasmi SSM: suruhanjaya_syarikat_malaysia

Sebarang pertanyaan boleh diemelkan ke enquiry@ssm.com.my atau hubungi SSM di 03-7721 4000.
⁠⁠⁠⁠
Jadi jangan lepaskan peluang ini, jom hadir beramai-ramai. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "