Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TERKINI: Pesawat Bawa Sebuah Kelab Bola Sepak Dari Brazil Terhempas Di Colombia

29 Nov 2016
One Comment

Sebuah pesawat yang membawa sebuah pasukan peserta akhir untuk kejohanan bola sepak Amerika Selatan telah dilaporkan terhempas di Colombia, lapor RT.

Menurut laporan berkenaan, pesawat yang membawa kira-kira 72 orang penumpang itu terhempas akibat kekurangan bahan api kira-kira jam 10:15 waktu tempatan di Cerro Gordo, La Union, Medellin, Colombia.


Pihak bomba La Union mengesahkan sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan cedera dan sedang dipindahkan dari lokasi kejadian, bagaimanapun pihak bomba belum mengesahkan jika ada melibatkan kehilangan jiwa.


Pesawat itu dikatakan membawa pasukan kelab Chapecoense menuju ke perlawanan akhir kejohanan bola sepak Amerika Selatan dijangka akan mendarat di lapangan terbang antarabangsa José María Córdova.



Sebuah video yang dikongsi di Twitter menunjukkan masa pesawat itu hilang dari pandangan di radar penerbangan.





- Siakapkeli.my 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. sedihnya.. tak sempat pun ke perlawanan akhir kejohanan bola sepak tu.. Harap2 la kes pesawat terhempas ni dapat dielakkan di masa hadapan..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "