Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

“Dalam Negara Kemain Particular Bab Halal, Tapi Kenapa Ke Luar Negara Pejam Mata”, Lelaki Ini Kongsikan Tiada Alasan Untuk Ketepikan Bab Halal Haram Walau Di Luar Negara

29 Nov 2016
No Comment

Semasa sedang melancong atau bercuti, lebih-lebih lagi ke luar Negara, anda pasti akan menitikberatkan soal makanan, kerana akan mengalami kesukaran untuk mencari makanan halal di Negara asing. Disebabkan itu juga, anda akan membawa bekalan makanan segera, untuk dijadikan simpanan kalau-kalau tidak menjumpai makanan halal.

Ia bukanlah menjadi salah satu penghalang untuk mengembara, melihat budaya Negara lain, serta mempelajari sesuatu yang baru melalui pengembaraan. Mungkin anda akan sedikit terkilan kerana tidak dapat merasai makanan tempatan, tetapi ia tidak bermaksud anda boleh ambil remeh akan hal halal dan haram, hanya kerana inin memenuhi kehendak anda.

Dalam hal ini, seeloknya anda beri penekanan yang lebih, bukanlah hanya berfikir mereka tidak menjual khinzir, sudah boleh membuat andaian makanan lain adalah halal. Terdapat beberapa perkara lain yang perlu diambil kira juga. Lelaki ini kongsikan akan perkara yang perlu dititikberatkan, khususnya buat mereka yang sering melancong, untuk tidak ambil lewa akan hal halal dan haram ini. Mari kita baca perkongsian dari saudara Hazhari Ismail ini.


Aku dok perhati 2 orang gadis bertudung, bila makin dekat dapat agak diorang Malaysian (btw, dari jauh pun dah dapat agak ). Mereka pegang dan sedap makan ayam tempura yang cucuk-cucuk tu.

Aku pun beramah tegur "Eh, mana dapat ayam tepung halal tu? Susah nak jumpa kat sini."

Maka, krik krik krik.

Itu contoh depan mata how Muslim sangat ambil remeh hal halal makanan atau minuman.

Sebenarnya tak salah nak travel sana sini. Nak rasa kehidupan di luar negara. Nak hidup macam orang tempatan. Even dalam puisi Imam Syafie pun menggalakkan kita keluar dari safety zone dan menjelajah. Tapi, isu halal haram jangan lah lupa.

Saya teringat semasa belajar di luar negara satu ketika dulu. Dek kerana malas untuk mengambil risiko termakan benda-benda yang tidak halal, maka kami survive untuk memasak sendiri. Dan berjimat of course. Biarlah rasa makanan tidak sesedap rasa air tangan bonda di tanah air, tapi kita yakin makanan yang di masak sendiri adalah yang halal dan terbaik.

Saya bernasib baik kerana ayam dan daging halal mudah untuk di peroleh. Rakan saya yang belajar di Swiss contohnya, terpaksa order dari pasaraya dan deliver ke rumah disebabkan pasaraya yang ada makanan halal jaraknya sejam dua! Kalau tak, terpaksa lah beli makanan laut sampai gaout. Lol.

Belum lagi, terpaksa menjadi vegetarian dengan memakan segala daun, sayur dan salad, bersulamkan mayonis dan cheese sebab tak jumpa daging atau ayam. Boleh je bagi tenaga untuk meneruskan perjalanan.

Banyak pilihan untuk mendapatkan yang halal. Sampaikan membaca setiap baris ingredients di belakang bungkusan menjadi satu habit. Ada ke codes yang obviously tak halal. Cari tanda halal or tanda for vegan. Setiap negara tanda halal mereka berbeza. Kadang-kadang takde pon. Malaysia yang sangat bertuah.

Benda mudah, bawak je la mee segera macam maggi ke indo mee ke. Kalau tak makan maggi, ha produk Brahim's dan Adabi dah sediakan paket segala macam nasi dan panaskan dalam ketuhar je. 2 minit panaskan, dan boleh makan.

Jadi apa alasan kita?
Kena paham, di negara orang especially bukan negara majoriti Islam, orang Islam tempatan sendiri survive untuk dapatkan yang halal. Ni orang luar pula yang pandai-pandai me'rukhsah'-kan sendiri untuk kata takpe pada yang tidak halal.

Seafood itu halal. Tapi kalau digoreng bersama belly pork dengan minyak yang sama? Macam mana?

Fish and chips contohnya. Tepung untuk salut ikan itu halal. Tapi if campuran nya ada gelatin haiwan, dan kita tak tau tarafnya, jatuh syubhah sebab ragu-ragu, maka better tinggalkan. Rakan saya pernah nasihat, jangan malu untuk ke dapur untuk tanya dan siasat ada tak ingredients yang tidak halal disertakan sekali.

Saya pernah argue dengan pramugari. Saya mintak Muslim meals. Dia bagi saya beef. Saya tanya adakah beef itu halal? Dia dengan yakin cakap itu adalah beef, bukan pork. Maka, halal lah. Penat juga argue, lastly saya minta makanan vegetarian. See, non Muslim ingat halal itu asalkan bukan daging khinzir dan keluarganya. Tapi terlupa syarat sembelihan.

Saya bernasib baik. Sebab Muslim meals, ditandakan dengan pelekat hijau selepas ketua pramugari meminta maaf kerana tidak peka.

Saya teringat ketika Profesor saya buat makan-makan di rumah dia. Kami dihidangkan dengan berbelas jenis masakan sayur dan buahan. Tiada masalah. Dia siap asingkan ayam bakar (tak halal) di tempat lain. Dan aku bersama rakan Muslim sorang lagi potluck bawak ayam pai kami sendiri dan turut dihidangkan bersama.

Semasa saya di Scandi, susah juga nak cari yang halal. Sekali terjumpa wanita Sudan bertudung labuh tunggu bus. Kami redah lah tanya kat mana kedai halal. Dia call adik dia Ahmad, dan Ahmad bawa kami ke lubuk halal di bawah tanah.

Juga di salah sebuah negara Balkan, saya ingatkan semua kebab itu halal. Tapi disebabkan kebab dah jadi makanan famous negara tersebut, maka ade kebab halal dan tidak halal.

Kalau nak tahu, ayam halal di UK selalu habis di pasaraya seperti Asda, Sainsbury sebab yang beli bukan sahaja Muslim tapi juga non Muslim.

Non Muslim makan sebab mereka tak tahu. Kenapa kita tak makan khinzir, ayam dan daging yang tidak sembelih serta minum alkohol. Mereka tak tahu. Tugas kita? Bagi tahu diorang . Tak salah pun.

Dalam negara kemain particular bab halal. Tapi kenapa ke luar negara pejam mata.

"Eh, takpe. Darurat ni. Boleh makan ayam tak sembelih."

Darurat ke bila ada option selain ayam seperti ikan, udang, sotong. Tu bukan darurat, tu mengada. Acah traveller.

Rakan-rakan sekalian, kalau benda tu tiada sebab, Allah tak larang kita untuk makan benda yang haram. Tapi, ada hikmahnya. Untuk kesihatan contohnya. Berapa banyak kajian dan buktikan benda negatif hasil dari pemakanankhinzir, serta binatang yang tak disembelih.

Lepas ni Air Asia bolehlah alert kot disamping menawarkan tambang murah kaw kaw, sertakan sekali panduan mencari makanan yang halal. Kalau boleh letak kat poket depan seat, supaya kita sedar dan beringat untuk sentiasa mencari yang halal.

Jangan dok galak perincikan details itinerary, tapi bila bab makanan sentuh ala kadar je.

Ini bukan isu Melayu kuno ke, jumud ke. Tak. Kita nak jaga darah kita untuk kekal suci dan terhindar dari penyakit. Untuk kehidupan kita hari ini, serta anak-anak generasi masa depan.

Bukan saje saje.

Banyak tips kat internet bagaimana nak survive dan cari makanan halal. Tapi kalau asyik leka mencari yang halal untuk teman hidup, tu lain cerita lah.

Islam itu memudahkan. Janganlah nak menyusahkan.

Disclaimer - sebelum saya post, sy dah bagi beberapa org alim baca. Ada content yg sy da keluarkan sebelum post, dan mengelak kekeliruan.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "