Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Syarikat Katering di China Tangguh Gaji Pekerjanya Pada Bulan Ini Kerana Risau Mereka Akan Habiskan Kesemuanya Pada 11.11

11 Nov 2016
Kemeriah 11.11

China , 11 Nov- Sebuah syarikat katering di Chongqing mempunyai cara yang pelik untuk menunjukkan perasaan mengambil berat terhadap pekerjanya - iaitu dengan tidak membayar gaji pekerjanya bulan ini.

Tarikh 11.11 (hari ini) adalah hari bujang di China dan juga merupakan hari berbelanja bonanza terbesar untuk tahun ini untuk negara tersebut.

Malah, menurut Alibaba, hari ini merupakan hari bersejarah dalam 5,000 sejarah China apabila pihaknya berkata mereka berjaya menjana $12 billion dalam masa 12 jam bonanza itu dijalankan.

Disebabkan keghairahan itu, pekerja-pekerja katering di syarikat tersebut tidak dibayar gaji untuk bulan ini.

Pengurus syarikat tersebut yang berusia 31 tahun berkata kesemua pekerja akan mendapat gaji semua gaji mereka pada bulan depan supaya mereka tidak menghabiskan kesemuanya ketika bonanza beli belah itu.

Syarikat tersebut memberitahu keputusan kontroversi itu menerusi satu notis di pintu masuk.



Notis itu juga menjelaskan mengapa syarikat itu bertindak sedemikian.

Menurut pengurus itu juga, dia bertindak seperti itu disebabkan pengalamannya sendiri pada tahun lepas yang mana membelanjakan hampir 20,000 Yuan (RM12,800) membeli barangan online termasuk sebuah komputer berharga 8,000 Yuan (RM5,000) yang jarang digunakan.

Tambahnya lagi, dia mula membuat keputusan itu apabila terperasan pekerjanya mula memilih-milih barang untuk dibeli pada 11.11.

Sumber: Shanghaiist
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "