Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Terhempas: 'Jadikan Mereka Juara' - Pasukan Lawan Mahu Chapecoense Diisytihar Juara Copa Sudamericana Selepas Nahas Pesawat

30 Nov 2016

Pasukan lawan yang sepatutnya bertemu dengan pasukan Chapecoense, Atletico Nacional, mahu gelaran juara diberikan kepada pasukan itu yang terlibat dalam nahas pesawat seterusnya mengorbankan hampir kesemua anggota pasukan kelab terbabit.

Chapecoense dan Atletico Nacional sepatutnya berentap dalam aksi 'first leg' final Copa Sudamericana pada Rabu.

Pemain Atletico Nacional, Garcia, mengetuai seruan kepada South American Footbal Federation (CONMEBOL) supaya berbuat sedemikian dengan memberikan trofi kepada kelab malang itu.


"Kami mahukan Chapecoense Diisytihar sebagai juara", Garcia memberitahu stesen televisyen Brazil.

"Kami menunggu keputusan dari CONMEBOL Pihak berkenaan (pihak berkuasa & CONMEBOL) akan berbincang tetapi kami mahu mereka menjadikan pasukan itu sebagai juara.

"Ia apa yang kami mahukan. Ini adalah satu inisiatif dari kami dan saya tahu, ia apa yang dimahukan oleh seluruh dunia bola sepak", kata Garcia selain menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Setakat ini, keputusan masih belum dibuat oleh CONMEBOL namun dijangka kelab Chapecoense akan diisytihar sebagai juara beberapa hari lagi.



Sumber: telegraph
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "