Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Murid Cemerlang UPSR Hidap Barah Kalenjar Meninggal Dunia

21 Nov 2016


KOTA BHARU: Murid yang memperoleh 6A dalam ujian UPSR baru-baru ini yang menghidap kanser kalenjar meninggal dunia pagi tadi.

Bapa, Wan Mazlan Wan Hassan, 50, berkata anaknya itu menghembus nafas terakhir di ICU Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian kira-kira jam 4 pagi.

"Sebelum pergi (meninggal dunia) dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan... hanya menitiskan air mata kerana menahan kesakitan yang dialami," katanya sebagaimana lapor BH Online.


Jenazah Allahyarham akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Besar Pasir Mas pagi ini.

Kisah menyayat hati murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2 itu mendapat perhatian ramai pada hari pengumuman keputusan UPSR pada Khamis lalu.

Dia dimasukkan ke HUSM sejak 4 September lalu apabila mengalami penyusutan berat badan secara mendadak serta hilang selera makan.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "