Kakitangan Malindo Air Cedera Petir Sambar Troli Yang Sedang Digunakannya
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Seorang kakitangan syarikat penerbangan Malindo Air cedera apabila petir menyambar troli yang sedang digunakannya untuk meletak bagasi dalam kejadian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang petang tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy mengesahkan kejadian.
Menurut beliau, mangsa stabil selepas menerima rawatan namun enggan memberi sebarang butiran mengenai mangsa.
Difahamkan, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, dekat sini.
Sumber: Utusan Online